Februari 19, 2010

rumah sakit @ sakit rumah..

rumah saya sakit..dan perlu dihantar ke hospital atau klinik yang berdekatan dengan kadar segera..ok.tu semua tipu sebenarnya.mane boleh rumah saya sakit,sedangkan saya tak ada rumah sendiri lagi..

homesick??buat masa sekarang,tidak!sebab saya kat rumah sekarang..huhu..sebenarnya..nak cerita pasal saya dan rumah sakit @ sakit rumah @ homesick ni..

pertama kali rasa rumah sakit ni masa masuk asrama semai bakti felda,KL masa umur 13 tahun..memang rumah sakit tahap gila2.rasa macam nak je lari dari asrama tu dan balik rumah..disebabkan rumah sakit saya tahap kritikal dan beberapa sebab yang lain,akhirnya saya keluar dari asrama( tak sampai sebulan tinggal situ ).terukkan perangai..dan lepas tu,kedengaran suara2 sumbang lagi sengau lagi tak merdu kedengaran..

" rugi keluar dari asrama tu.kalau belajar kat situ,mesti pandai"
"kat sek tu ( SMK Maokil ),bukan bagus pun"

ok.ni salah satu yang saya paling tak suka.eh!dua.dengki la tue.khianat.( kawan2 sekelas yang cakap.sepatutnya kelas 1A ade 44 orang.tapi tinggal 6 orang je.yang lain semua keluar)

dan saya jadikan pembakar semangat untuk berjaya.dan saya berjaya membuktikan bahawa saya yang bersekolah di sekolah harian yang terletak di Felda mampu juga mendapat keputusan yang setanding dengan mereka.mereka yang bersekolah di asrama penuh,MRSM,integrasi,dan lain2 yang glamour lagi terkenal lagi masyhur di seluruh alam.macam dah lari dari topil.dah2..balik kepada topik asal!!

mei 2008 masuk pula Kolej Matrikulasi Johor..mula2 tak ade rasa rumah sakit nie.bulan 6 baru terasa.sebab masa tu motivasi jatuh merundum disebabkan kuiz kimia dapat 3/10.masa tu barulah rasa rumah sakit dan menangis.menangis sebab tak dapat nak buat terbaik untuk kimia.esoknya,jumpa pensyarah tuto kimia dan dia bagi motivasi.ok!motivasi kembali dan tidak rasa rumah sakit lagi.( saya akan rasa rumah sakit apabila ada masalah.sebab saya selalu bercerita masalah saya dengan mak saya.huhu..)

dan sekarang di UKM.rumah sakit lagi dah kurang.cuma kadang2,jarang2 sahaja.tapi tak ada lah sampai nak lari,keluar,melompat keluar dari ukm tu (penat lah kalau nak buat macam tu.dah lah besar.baik naik bas rapid atau bas kampus pergi komuter.kan2??)..dalam sebulan,sekali saya balik rumah.ok lah kan..huhu..


ok.nasihat untuk kanak2,dewasa2,jiran tetangga,remaja2 serta jika kekasih anda tidak disukai oleh keluarga( cinta terhalang,dihalang,disekat,tersekat)..janganlah lari dari rumah.sebab rumah tu tak ada kaki dan tak larat nak kejar korang.kesian kat rumah tu.so,jangalah berlari meninggalkan rumah.kalau nak lari juga,jom la masuk larian amal,larian 1Malaysia.kalau tidak,masuk sukan larian.ok??

6 ulasan:

gadis keyel berkata...

Hahaha..klakar lar kaksu neyh.. :D

diyanah berkata...

haha. homesick tu normal kot.
tp sebulan sekali balik rumah?
okeh saya 7 minggu skali bru balik rumah.

nedd berkata...

dulu time awal2 jejak hostel during skultime dulu pun homesick gak, even rumah n sekolah tak sampai 10 min perjalanan. haha.

paling jauh from rumah was during foundation. tpi tak sempat nak homesick. busy tak cukup tanah.

buat degree, haih dekat jugak dgn rumah. 45 min je, tiap minggu gatal nak balik. bukan homesick, tapi kat kampus memang peratusan hidupan yang wujud kat kampus mmg tak sampai 10%. Bosan.

..SuRaYa.. berkata...

gadis keyel: =p

diyanah:huhu..memang normal.dulu kat KMJ yg jauh dr rumah tu( tangkak je),balik 2 kali sebulan.yg ni,sekali.huhu.

nedd:wah..bestnya..tmpt blaja semuanya dekat dengan rumah.jeles2..
tp mmg bosan lah klu kat kampus gtu.

patenjihah berkata...

xmo balek upm gak..

boringgggggg =(

..SuRaYa.. berkata...

jiha:haha..serdang dgn bangi dkt je kan.naik komuter tk smpai 15 mnt kan..

ulang alik lah..huhu..