1-hari pertama,19 march..
kami bertolak dari UKM pada pukul 11 pagi dan sampai di Kem Rekreasi Intan Suraya ( KRIS ) ,Sungai Siput pukul 5.00 petang.setelah siapkan diri,pada malamnya kami ada taklimat akhir dan melakukan persiapan terakhir sebelum ke Pos Perwor pada esok harinya.
pada malam tu juga kami bertungkus lumus menyediakan sedikit makanan untuk orang asli.kami seramai 76 orang.
KRIS..lokasi yang sangat strategik..berada di tepi sungai perak dan berhampiran dengan empangan Chenderoh.
2-hari kedua,20 march.
kami memulakan perjalanan seawal 7 pagi..
berjalan kaki ( 20 minit ) ---> naik bas UKM ( 40 minit ) ---> menaiki lanrove polis ( 40 minit ).
paling mencabar semasa menaiki lanrove polis.kampung Pos Perwor berada di atas bukit.kami terpaksa mengunakan jalan lori balak yang berdebu serta yang tak rata.terpaksa lalu di tepi2 belukar,sungai..huhu..memang mencabar.tapi seronok sebab dapat pengalaman yang sangat berharga dan tak semua orang berpeluang berbuat demikian.
sangat terharu apabila sampai di Sek Pos Perwor.orang2 asli sangat ramai menunggu kedatangan kami.terasa kehadiran kami sangat dihargai.selepas sampai,kami semua berpecah melakukan tugas masing2 iaitu untuk majlis perasmian,sukan,makanan,kesihatan,karoke dan tugas2 lain.majlis perasmian kami dihadiri oleh adun kawasan tersebut.
selepas perasmian,aktiviti2 lain dijalankan.setiap aktiviti kami mendapat sambutan dari orang asli.syukur,kami dapat kawal segala aktiviti dan majlis kami.kami kumpulan pertama yang masuk Pos Perwor,mungkin disebab itu sambutannya sebegitu.makanan yang kami sediakan dari KRIS habis dalam masa tak sampai 10 minit.Alhamdulillah,walau payah untuk berkomunikasi dan bergaul dengan mereka,tapi segalanya berjalan dengan lancar.
dan disana,saya berfikir tentang nasib guru2 yang berada di pendalaman.betapa susahnya mereka untuk masuk ke pendalaman.dan bagaimana pula pendidikan terhadap anak orang asli disebabkan keadaan sek mereka sangat daif.
semasa majlis penutupan,saya sangat suka.kami mempersembahkan nyanyian,tarian.selepas itu,kami membuat spontan persembahan iaitu poco2 dan chicken dance dari kami semua.disebabkan saya tak reti poco2,saya menari di barisan belakang sekali.tapi,masa chicken dance,ramai kawan2 yang tak reti dan saya terpaksa pula berada di barisan hadapan sekali.mula2,rasa malu juga nak buat chicken dance di barisan hadapan dan ditonton oleh semua orang.tapi,apabila tengok muka adik2 orang asli sangat teruja untuk menari chicken dance,terpaksa lah saya singkirkan perasaan tu.serius,sangat gembira dan seronok.lagi2 apabila adik2 tu semangat menari chicken dance bersama2.
selesai semuanya pada pukul 3 petang ( adun sarankan kami pulang pada pukul 3 disebabkan perjalanan yang jauh dan memberhaya ).dan sebelum kami balik,saya sempat melihat tok batin membahagikan sumbangan kepada penduduk.rasa kesian melihat mereka.berebut2..dan menerima sahaja apa yang kami bagi walau tak seberapa.
perjalanan balik semakin mencabar sebab hujan di tengah2 perjalanan.semuanya berjalan lancar dan kami sampai ke kem dengan selamat.sampai2 kem sahaja,saya terus mandi sungai perak tu.huhu..
3-hari ketiga,21 march
hari kami diisi dengan aktiviti2 yang sangat2 mengembirakan.pada awal pagi,kami ada sedikit taklimat tentang aktiviti yang dijalankan.selepas itu,pasukan saya seramai 10 orang dan pasukan lain membuat rakit masing2.
selepas membuat rakit,kami memulakan aktiviti dengan water confident.kami sepasukan akan berpegangan tangan dan biarkan diri terapung sejauh 100m di sungai perak.selepas itu,kami disuruh melepaskan tangan dan berenang ke KRIS.masa tu,saya hanya berserah diri sahaja kepada Allah sambil berusaha untuk berenang ke KRIS.agak jauh juga bagi saya yang tak reti berenang ni.Alhamdullillah,saya antara orang yang terawal sampai ke KRIS walaupun kaki luka.huhu..dan ramai juga kawan2 saya yang terhanyut dibawa arus sungai melepasi KRIS.
selepas water confident,kami mengangkat rakit.kami kumpulan ke 5 yang dilepaskan tapi kumpulan pertama yang sampai ke garisan penamat.sangat gembira semasa berakit.lagi2 rakit tu hasil buatan kami.selepas aktiviti2 tersebut,kami diberi masa untuk melakukan aktiviti sendiri sebelum pulang ke UKM.saya mengambil masa tu untuk mandi,berenang dan melakukan sendiri water confident.
dan kami bertolak dari KRIS pada pukul 2.30 petang dan selamat sampai ke UKM pukul 8.30 malam..sepanjang perjalanan balik,saya tak tidur walaupun penat sebab tak nak lepaskan pemandangan bukit2,gunung2 di Perak.sangat cantik pemandangan tersebut.
-- gambar2 di pos perwor tidak di pindahkan lagi ke laptop.masih di kemera.gambar2 yang diatas ni semuanya dari nset.gambar2 tersebut akan di muat naik di sini di kemudian hari.--
2 ulasan:
waahh..best2!!! esp water confident..mantap laa..gi prkampungan org asli ag..hepi2..i likeee....tQ share :)
ye!mmg best water confident.
huhu..sama2..
Catat Ulasan