Oktober 27, 2010

kesan jangka pendek.

kesan jangka pendek dari sem yang terlampau pendek, agak tergesa2 dan subjek yang terlampau banyak mengalahkan ambil PMR walaupun credit hour nya hanya 19. dan dengan study week atau istilah lebih tepat cuti perayaan untuk deepavali ( 3-8/11 kot ) yang diberi hanya untuk belajar satu paper iaitu KIMIA SINARAN~8 hari untuk study kimia sinaran.

dan bagaimana dengan nasib subjek2 yang sebelum konon2nya study week tu yang berderet,setiap hari,sehari 2 subjek?.itu yang kita tak tahu. nantikan sahaja keputusan.

kesan jangka pendek.
1-habis 2 subjek untuk hari pertama ( isnin lalu ), terus pening kepala sampai ke malam. dan esoknya ada subjek radiokimia pula. syukur subjek tu buat petang.

2-rakan2 mula dah nak berputus asa.weyh korang!!..jangan buat macam tu!.semangat!.kalau tak sia2 je masa dan duit yang korang habiskan untuk sem ni!.

Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati.

Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda

3-banyak air mata yang menitis di bumi UKM ni seperti mana hujan yang menitis di bumi UKM sejak berapa hari ni. dan sampai kedengaran suara " sia2 je aku belajar! tak dapat jawab juga!" bersabarlah wahai kawan. kita dah berusaha kan?

4-kelihatan mahasiswi beli makanan dengan kuantiti yang banyak. dan roti di kedai UKM tak sempat expired kat kedai.kagum seketika. termasuk dengan diriku. mak. nantikan kemunculan anak mu yang makin berisi ni. nanti jangan terkejut pula ye.

5-dan yang paling penting. betapa rajinnya diriku update blog hampir setiap hari!hehe.setiap kali bulan exam, mesti banyak kali update blog. sila beri hubung kait antara blog dan tension?.dan sila nyatakan rumus yang berkenaan.

dah2!!pergi belajar sana suraya!esok fizik moden yang kuiz buat open book pun tak dapat jawab. mungkin sebab terlalu bergantung dengan buku dan tak fikir guna otak yang diberi. harap kalau close book dapat jawab sebab hanya bergantung kepada otak. tak apa. biar fikir sampai pening kepala. bersusah- susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya.


2 ulasan:

themissingikmal berkata...

mende paling aku bengang, aku xdpt beli roti...cis!

..SuRaYa.. berkata...

aku pon tak dapat gak.nak roti coklat + krismis!!

dah tiga hari aku kerja ulang alik h-mart semata2 nak cari roti tu!