November 20, 2010

kegunaan tenaga nuklear..

rupanya dah separuh perjalanan saya kat UKM..tinggal lagi separuh untuk dilalui..Insya'allah..sepanjang sem satu,tahun 2 ni..,banyak kegunaan nuklear yang saya belajar melalui subjek radiobiologi,biologi sinaran gunaan,radiokimia,kimia sinaran..

ok..kegunaan tenaga nuklear di Malaysia.

industri

1-teknologi penyurihan
  • mengesan kebocoran paip
  • mengesan lokasi bahagian paip bawah tanah yang tersumbat, industri petroleum atau petrokimia
  • kajian pencampuran dan pengadunan dalam industri simen,pulpa dan kertas, makanan,minuman dan tembakau
  • penyiasatan mengenai kesan sebarang percemaran kepada alam sekitar
2-sistem kawalan nukleonik
  • analisis online bagi kerja-kerja perlombongan,pemprosesan mineral,metalurgi,pengilangan kertas,petroleum,pengilangan kertas dan industri tenaga. ia memberi maklumat parameter yang dikehendaki secara berterusan bagi kawalan kualiti pengeluaran.
3- ujian tanpa musnah
  • cara pemeriksaaan kialiti bagi mengesan kecacatan dalaman atau permukaan sesuatu bahan tanpa memusnahkan bahan tersebut.
  • ujian ini menggunakan teknik radiografi sinar-X atau sinaran gama yang dipakai meluas untuk memeriksa kimpalan,jurutera dan seramik untuk keutuhan bahan.
4-pemprosesan sinaran
  • pemprosesan menggunakan sinaran masih baru yang dimanfaatkan untuk proses sumber semulajadi dan pengilangan produ. ia satu proses ringkas dan cepat,mesra alam kecekapan tinggi serta menghasilkan produk berkualiti yang mempunyai nilai tambah. proses komersial dalam tekonologi tersebut yang penting ialah taut silang,kemasan permukaan dan komposit.
5-salutan dan keemasan permukaan
  • teknologi ini bertujuan kemasan permukaan bagi mengelakkan penggunaan perlarut.
6-pemvulkanan lateks getah asli.
  • bagi menggantikan penggunaan sulfur bagi kerja-kerja pemvulkanan.
perubatan

1-diagnostik dan terapeutik
  • penggunaan sinaran mengion untuk memusnahkan tisu berpenyaki dalam terapi nuklear.
  • mendaptakan maklumat bagi tujuan diagnostik dan teraputik dan melihat struktur oragan dan mengesan ketidaknormalan mengesan benda asing dalam badan.
2-sterilisasi produk perubatan
  • menggunakan sinaran gama terutama untuk mensterilkan produk seperti sarung tangan getah.
  • digunakan untuk memprosesan bahan-bahan seperti tulang, kulat, membran, tendon, dan rawan sebelum dapat digunakan sebagai organ atau tisu gantian.
3-pertanian.
  • penggunaan mutasi aruhan banyak manfaatkan sinaran gama bagi menghasilkan kultivar mutan yang mempunyai ciri-ciri penyakit,rintang penyakit,rintang penyakit dan mempunyai kekuatan fizikal serta berkualiti.
4-penjanaan elektrik


masih tak tahu nak menjurus ke bidang mana untuk tahun 3 nanti..perubatan nuklear,kejuruteraan nuklear atau yang lain?..kena cari maklumat lagi pasal2 perkara ni..

- mak dah suruh nanti ambil master.ye2..itu memang cita2.kalau tiada halangan dan mampu untuk buat Phd,akan dibuat juga..Insya'allah.. -


Tiada ulasan: