November 28, 2010

mari mengira

hari ni..jom kita mengira. mengira kawan-kawan yang ada.hehe..

anggaran..
kawan sek : 150 orang
matrikulasi : 100 orang
ukm : 150 orang
lain : 50 orang

dari beribu2 orang yang saya jumpa,saya hanya dapat berkawan tak sampai 500 orang. haha..tengok. betapa tak reti berkawannya saya. sebab saya jenis yang tak reti mulakan persahabatan. hehe..kalau orang pertama kali nampak saya, mesti diaorang cakap saya sombong,berlagak ( sejak dari sekolah hingga kini )..tapi..ada saya kisah?

kalau orang lain sibuk pegang prinsip ni.."berkawan biar beribu,bercinta biar satu."

saya pula " berkawan biar sedikit,tapi kawan yang kita ada tu kita hargai,jaga sebaik mungkin.bercinta tetap satu"

kalau berkawan beribu-ribu orang,tapi kita tak hargai ikatan tu.dan ramai antaranya hanya kawan untuk bersuka.baik tak perlu.

saya lebih suka berkawan dengan tak ramai orang..tapi..kita sama-sama hargai,jaga ikatan persahabatan tu. ikatan persahabatan tu sangat bernilai. kualiti berkawan,bukan kuantiti kawan yang kita ada.

Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam.


Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari.


Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai akhir hayat.

konklusinya: hargai ilmu dan kepandaian serta kawan-kawan yg dicari..supaya tidak menjadi insan yang lemah.

kalau dah kawan pun sikit,agak2nya berapa ye kawan baik saya?sahabat saya?.hehe..
hanya orang yang betul-betul memahami saya dan hargai persahabatan kami je yang mengetahui cara saya bersahabat.syukur kepada Allah kerana mengurniakan saya kawan2 seperti mereka.



malam tadi mesej ayu.lepas tu..dia boleh tanya siapa sebab fon dia rosak.haha..kesian ayu kena main dengan saya. masih dalam proses nak kenakan dia.hehe. sebelum balik ukm,nak pergi melepak dengan dia lah.rindu! ( kalau no saya lagi satu dia ingat, no baru ni dia tak ingat lagi ).

* maaf ye junior2 sek dan beberapa indivindu kerana tak respon friend request anda di facebuk. haha. tak berminat lah..kalau setakat nak add, pastu tak ada sebarang komunikasi..baik tak yah..buat menyemak je dalam friend list. *

Tiada ulasan: