kadang2 saya ceritakan masalah dengan cikgu dan sahabat2 saya. mesti mereka akan beri nasihat. dan diakhir kata mesti ada ayat nie.
" cikgu tahu su kuat dan boleh hadapi dan atasi masalah ini. cikgu akan selalu sokong su "
" aku tahu kau boleh hadapi masalah ini".
kadang2 nak je cakap dengan mereka bahawa saya tidak lah sekuat dan segagah yang disangka.
tapi..bila mereka dah letakkan kepercayaan bahawa saya boleh atasi masalah tersebut, terus bersemangat kembali. terima kasih kepada mereka. serius. saya tak akan menangis depan mereka. bukan sebab malu. tapi saya yakin bila saya nangis depan mereka, mereka akan turut merasakan. bila mereka tak ada disamping, baru nangis.huhu..
tapi..kadang2 rasa kelakar lah pula. bila kawan saya ada masalah dan pada masa yang sama saya pun bermasalah..saya boleh nasihatkan mereka dan beri kata semangat. walaupun masa tu diri sendiri tak bersemangat. haha..nasib baik pandai sorokkan masalah tersebut dari kawan. dalam masa yang sama juga akan diri ini kembali positif.
* ingat lagi masa sek..masa cikgu tak masuk kelas,cepat2 lari pergi bilik kaunseling. baca buku2 motivasi kat dalam tu.*
* saya tidak lah sekuat dan segagah yang disangka.ada masa tertentu saya tidak berfikiran positif. maka,kena belajar untuk menjadi positif dan bermotivasi sentiasa*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan