siang tadi..masa sedara mara datang..saya bersalam lah dengan atuk saya. tiba2..dia cakap dengan mak saya." budak ni tinggi ye. dan makin kurus ". wah!!..nak je saya masa tu menjerit!..lepas tu mak saya pula menjawab. " mana tak nya. nak suruh makan pun susah. makan waktu petang je. tu pun kena dipanggil."..situasi yang memang selalu berlaku apabila bertemu dengan sedara mara.
masa mereka sibuk makan, saya sibuk menghadap laptop. hehe..dah tak lapar,tak kan nak juga paksa makan.nasib baik pak cik saya yang kuat membebel tu tak datang. kalau tak, mesti saya stress. dia sibuk suruh saya makan banyak2, lepas tu ugut nak bawa jumpa doktor,bla2..
disebabkan saya ni jenis makan sikit dan kadang2 lansung tak makan makanan berat lah mak saya tak bagi masuk palapes,suksis..huh..tapi saya lebih suka makan mee..mee sup,mee basah,mee kari..balik rumah je mesti suruh mak buat makanan ni. dan akan tambah beberapa kali sampai kena tegur sebab mereka tak percaya saya menambah makanan.
sejak dari matrik,U..mak saya akan ingatkan suruh beli makanan terutamanya waktu petang. hehe. kat u,saya makan banyak lah berbanding kat rumah. dan makan ikut masa tau mak. tengahari dan petang atau malam. tapi,kuantitinya memang sikit lah.
nasib baik rangka badan saya besar. tak nampak sangat kurus..berat tak pernah lebih 55kg. bila bagitahu kawan mesti mereka tak percaya. mereka cakap saya ni berat tulang je. alahai..

nak kata diet, makan je makanan2 yang tak berkhasiat.
ada tak sesiapa yang mempunyai tips untuk makan banyak..hehe..kadang2 jeles juga dengan orang yang jenis makan banyak nie.
* kadang2 saya pun risau juga..lagi2 saya suka aktiviti lasak,silat dan suka buat perkara2 merepek yang sememangnya memerlukan tenaga. *
3 ulasan:
hehe. bagusnye kamu. tips? erk. sowi xde tips. faa mmg sedia mkn byk~~
makan appeton. mak sy penah bg sy makan tu tp sy xnak. sbb nnt errmmm bila buang air kecik, bau busuk.
faa: apa yg bgusnya?..huhu..ok.sya jeles dgn anda sbb anda mkn bnyk.
diyanah: hehe..appeton ye?..huhu..thnks diyanah.
Catat Ulasan