rasanya..sudah setahun saya buat akaun muka buku ni. selepas semua kawan sibuk melarikan diri dari friendster ke facebook. ingat tak nak buat akaun facebook. tapi..akhirnya buat juga. tak tahan godaan. isk..
orang lain sibuk main facebook, saya sibuk juga nak buat. orang lain sibuk buat blog, saya pun buat juga. orang lain buat formspring, saya pun buat juga?..orang lain buat itu ini,saya pun nak buat juga.mudah terpengaruhkan..
orang lain sibuk belajar,menuntut ilmu..saya sibuk tidur,main2.orang lain sibuk manfaatkan masa,saya sibuk buang masa. hah!! yang ni kenapa tak nak ikut pula?tak mudah terpengaruh pula?
ok..sepanjang setahun saya buat facebook..cuba kira berapa jam/hari buka muka buku. katakan sehari..3 jam..katakan..tapi rasanya lebih dari 3 jam.
365 x 3 = 1095 jam.
tu kalau 3 jam. kalau 5 jam?7 jam?10 jam?24 jam?
1095 jam..banyak tu..kalau baca buku fizik moden..rasanya dah boleh habis berapa kali. kalau baca Al-Quran?

hari tu..dah cuba untuk hidup tanpa muka buku ni.bertahan 3 minggu.alahai..lepas ni kena berusaha untuk lebih lama lagi..
ingat naik sem ni..nak berehat dari baca muka buku.tapi..bila mengenangkan
1- nak kena guna muka buku untuk hebahan mesyuarat BJD,dan BJD itu sendiri. BJD akan dijangkakan berlansung pada akhir bulan 1. lepas bulan 1 kot baru berehat.tengok..kalau ada perkataan kot ni..sangat tak yakin kan..
2- pengumuman mengenai apa-apa yang berkaitan kelas,tugasan dan lain.
untuk tidak lekat sepanjang masa di muka buku dan menambah dosa..saya sudah buat..
1-remove kawan-kawan yang selalu buat status emosi-emosi,upload gambar-gambar dengan pakwe,gambar yang tidak sepatutnya,kawan yang tidak ada komunikasi dengan saya, dan beberapa sebab lain..dari 249 orang,kini sudah tinggal 185 orang.hehe.
2-cuba untuk berhenti menjadi stalker yang terhebat.hehe
3- dan cuba untuk kurangkan berkomunikasi benda-benda yang tidak penting,tidak berfaedah.tengah berusaha..

banyak sangat masa terluang sekarang. dan masa banyak dihabiskan dekat benda-benda tak berfaedah. sejak cuti sem, kerja update blog je!!
nak berubah..
4 ulasan:
akak x wat formspring n twitter..
*sje nk kecoh..hihi*
sya pon tkde twitter.hehe..
x bole la x de fb sekarang ni. information sume dr fb. susah gak. cuma dapat kawal dr perkara yg lagha dlm fb... InsyaAllah jauhkan dr membuang masa ber'fb'.
tu lah kan mai..fb ni dah mcm 1 kepentingn pulak dah..
isk..tgh dlm proses mengurngkn buat p'kara2 yg melalaikn..
thnks mai.
Catat Ulasan