Disember 24, 2010

hanya kerana


hanya kerana saya seorang yang..

1- tak reti serius dalam sesuatu perkara.
ok. memang lah untuk tengok saya menjadi seorang yang 100% serius tu sangat mustahil. dari zaman kanak2,masuk sek ren, sek men, matrikulasi dan sampai sekarang. saya jarang pernah dengar orang cakap saya seorang yang serius. semua sibuk cakap camni. " kau tak reti nak serius eh?.asyik ketawa,senyum je"..

2- suka main-main.
oh!..main-main dan suka buat kerja yang orang lain tak suka buat..itu lah saya..kalau kat sekolah dulu,lagi hebat saya main2 dalam kelas. tapi kat kuliah kat u ni dah makin kurang lah..luar kuliah,memang jadi hobi tu..kat kelas silat pun main2 je lebih. bukan reti serius.

3- tak reti tunjukkan kemarahan.
oh..kalau kat adik beradik,memang cepat lah diaorang kena marah bila buat salah. marah2 sayang gitu..marah dekat orang lain?..sangat mustahil. saya lebih suka diam,buat tak tahu,pendam benda tu..sebab kalau saya marah,tak adanya nak marah2 sayang. marah memang nak berperang.

dan disebabkan saya begini..dan orang sekeliling selalu nampak saya ni seorang yang suka main2,tak serius..mereka ambil mudah bila berkerjasama dengan saya.

perlu diingatkan, ada benda dan perkara penting yang saya serius. walaupun tak 100% serius. tapi ok lah tahap keseriusan tu..walaupun ada nampak main2 sikit. tapi..tu sikit je.hehe..

dan bila saya cuba untuk serius walaupun macam tak serius bagi mereka, mereka2 yang berkaitan tu pun kena lah serius juga. kalau benda tu tak penting,tak adanya nak serius2 ni. baik main2..

saya dah minta data tu lama..dah 2 bulan..saya dah mesej berpuluh2 kali..tapi masih tak hantar data yang saya nak tu..bukan suruh hantar pakai posmen,pos laju ke,perlahan ke..suruh emel je..sekejap je benda tu..tapi tak hantar2..saya memang serius perlukan data tu untuk buat kerja.

dan bila api2 kemarahan saya dah nak muncul. saya dah mula hantar mesej ayat2 yang menyakitkan hati..saat tu baru lah semua orang terkedek-kedek nak bagi apa yang saya minta. suka kan buat macam tu?


siapa boleh ajar saya jadi seorang yang serius? 70% serius pun ok. nanti tak adalah orang2 yang bekerja bersama saya tak ambil mudah apa yang saya cakap,bagitahu,hendak.

dan ada tak yang sudi ajar saya jadi garang?.

-rasanya..boleh tak saya jadi seorang yang serius + garang + tak main2.dah cuba bayangkan,tapi tak dapat.haha~~-

Tiada ulasan: