Disember 04, 2010

kata-kata

kata-kata motivasi yang pernah menjadi status fb saya.hehe.



seandainya kita tdk mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada org lain,berusahalah supaya kita tdk mengirimkan walau sezarah kesusahan kpd org lain.



yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.



kejauhan bukanlah pemisah,kerana yang dekat di hati,kekal di ingatan,berpisah bukan penyudah tapi nilai sebuah kerinduan.



impian tidak mempunyai tarikh tamat selagi kita berusaha..



there is no secret to success.it is the result of preparation,hard work,learning from failure..



Tuhan tidak menjadikan kita (manusia) sebagai insan yang bodoh tetapi dicipta dengan kepandaian dan kecerdikkan yang berbeza



Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.



ungkaplah kata-kata yang baik dengan hati yang ikhlas kerana ia menyerlahkan kebijaksanaan.



Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu..



Ukuran sebenar kejayaan seseorang bukanlah sejauh mana sukarnya masalah yang sedang dihadapinya tetapi sejauh mana dia tidak mengulangi kesilapan yang lalu.



Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka)



Jadilah diri sendiri dalam hidup ini kerana kita akan menghadapi ujian hidup yang berbeza dengan orang lain. Tembok di hadapan kita tidak sama tinggi dan rendahnya dengan orang lain. Mereka di laluan mereka dan kita di laluan kita. Mungkin halangan di hadapan mudah bagi mereka tapi mungkin sukar bagi kita atau mungkin sukar buat mereka tapi mungkin mudah bagi kita.



Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat,kenapa susah sangat nak baca buku??.Kan buku tu penuh khasiat..



Orang yang kuat bukannya orang yang kuat berperang tetapi orang yang berjaya mengawal perasaan marahnya



Kita selalu tertipu dengan kesenangan yang ada..Kita selalu tertipu dengan kejayaan yang diterima..Kita selalu terlupa dengan rahmat Allah semua ini dikecapi.



Don't be afraid if things seem difficult in the beginning. That's only the initial impression. The important thing is not to retreat; you have to master yourself.



Dunia adalah pentas lakonan untk setiap manusia melakonkan wataknya,padang mahsyar pula tempat tayangan segala watak yang telah dilakonkan.



Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dgn tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.



Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.



Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan



Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad-



Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya. Tetapi seorang murid yang jujur pula mengakui kepintaran gurunya.



orang yang bijak mempelajari banyak perkara dari musuhnya sendiri.



Daripada mengutuk kegelapan, lebih baik ambil sebatang lilin dan nyalakan. Daripada meratapi keadaan, lebih baik melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan



Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.



Tidak ada harga atas waktu, tapi waktu sangat berharga. Memiliki waktu tidak menjadikan kita kaya, tetapi menggunakannya dengan baik adalah sumber dari semua kekayaan..



Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.



Untuk mencapai sesuatu, mencuba dan gagal itu sangat sakit tapi gagal kerana langsung tidak mencuba itu lagi sakit.



Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.



like umbrellas..minds only function when opened!!!



there is one thing that you can't recycle..that is wasted time



Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.



Sahabat sejati adalah orang yang memperlahankan langkahnya jika rakannya tertinggal di belakang.dan menolak belakang rakannya supaya bergerak laju bersama kedepan.



Sekecil-kecil harapan pun masih dikira baik jika dibandingkan dengan mereka yang langsung tiada harapan.



jangan jadi orang yang berjaya,tetapi jadilah orang yang mempunyai nilai.



Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak..



Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati



Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran.



Berdiam diri lebih baik dari bercakap benda yang tak berfaedah.dan bercakap benda yg berfaedah lebih baik dari berdiam diri.



Kehidupan bukanlah kesenangan yang berterusan, tetapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.



Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.



Sungguhpun bertanya itu memalukan, tetapi disitulah kebenaran yang mudah diperolehi. Malu bertanya sesat jalan. Bertanyalah pada mereka yang arif'



hargailah diri sendiri, peliharalah maruah dan martabat demi menjadi insan yang sempurna.



Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam.



Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.



Berusahalah untuk menjadi kawan yang setia.kita tetap bersama walaupun dalam keadaan yang susah.



jika anda tersenyum setelah mengalami kegagalan, anda sukar untuk mencari laluan untuk berjaya. jika anda menderita di hati setelah mengalami kegagalan, anda ada harapan untuk muncul sebagai orang yang berbeza di kemudian hari.



semua orang cerdik hinggalah dia sendiri menafikannya.



bukan semua orang bodoh itu bodoh,sebenarnya dia bodoh kerana dia membenarkan dirinya untuk menjadi bodoh.



sekali kurebah, sejuta kali ku bangkit .



Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too.



The great pleasure in life is doing what people say you cannot do..-Walter Bagehot-



Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful.



Successful people are always looking for opportunities to help others. Unsuccessful people are always asking, 'What's in it for me?.



Every single life only becomes great when the individual sets upon a goal or goals which they really believe in, which they can really commit themselves to, which they can put their whole heart and soul into.



To achieve something that you have never achieved, you have to be someone that you have never been.



Success is the fight between you and yourself



Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.



People are just as happy as they make up their minds to be.-Abraham Lincoln



Experience is a hard teacher, because she gives the test first, the lesson afterwards.



Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.



Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.



Ilmu yang memberi menafaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia.ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita kejalan yang menyelamatkan..tetapi sangat sukar kita nampak akan adanya.
Semua bekas akan penuh apabila diisi kecuali bekas ilmu.



Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga.



Tahu menggunakan akal dan tahu mengawal perasaan itulah yang dikatakan bijaksana.
A Winner makes commitments, A Loser makes promises.



kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.



Musuh yang paling berbahaya di atas dunia adalah penakut dan bimbang. Teman yang paling setia, hanyalah keberanian dan keyakinan – Andrew Jackson



mimpi tidak akan jadi kenyataan jika kita asyik tidur.



orang yang benar-benar ingin berjaya akan mula memotivasikan diri sendiri terlebih dahulu..kerana dia yang hanya yang memiliki kunci pengerak dirinya.



sumber : buku-buku motivasi, internet..
-ingat lagi masa sekolah. setiap hari cari kata-kata motivasi dan tulis kat buku. tapi..buku tu dah hilang!.-

Tiada ulasan: