diri saya makin teruk. makin kurang berminat untuk makan..makin kurang makan..sehari makan sekali je nasi. kalau makan nasi tu dengan kuantiti banyak tak apa..ni..
lepas tu,kalau lapar..makan sekeping dua biskut. lepas tu dah kenyang.
kadang2..sampai 3 hari tak makan makanan berat. dan hanya makan mee @ biskut @ keropok..
tapi..ada masa saya kuat makan dan makan nasi sampai 3 kali sehari..tapi..jarang2 benda tu nak berlaku.
tipu lah kalau perut tak rasa pedih bila dah lama tak makan. perut minta di isi,tapi hati tak terasa nak makan. susah!!
nak kata diet,nak jaga badan..tak ada maknanya..tiada istilah nak jaga badan,nak kurus dalam hidup saya. saya nak tambah berat. dapat 60 kg pun ok. ni nak lepas 55kg pun susah.berat tak menentu. biasanya dalam lingkungan 49-53kg.
nak kata nak simpan duit..duit habis jugak.
macam mana ni..kalau tak makan,mana nak dapat tenaga..macam mana nak belajar, nak berlatih silat, nak main2, nak jalan2,nak buat kerja merepek, nak sertai aktiviti.macam mana?!!
oh!..kalau mak telefon..perkara pertama dia tanya.."dah makan?"."dah beli makanan"..dan saya akan jawab.." belum.tak lapar lagi"..dan nanti mak saya pasti akan cakap macam ni..
" macam mana nak pandai,nak belajar.kalau makan pun tak.nanti otak tak boleh nak fikir.tenaga tak ada."..
oh..maaf mak..buat mak selalu risau pasal benda ni. kita pun kadang2 risau jugak. tapi tak selalu macam mak risaukan kita.

kalau jumpa kawan dan cikgu2 sek..spontan kot diaorang terus cakap macam ni..
" makin lama makin kurus! "..lol..saya tak rasa pun saya semakin kurus. mungkin mereka yang makin membesar.hehe..
hari tu..pergi kuliah..pakai baju kurung..akma cakap baru nampak berisi sikit. sebenarnya..masa tu saya pakai 2 lapis baju.hehe..panas kot pakai baju berlapis2 ni.dan baju kurung saya semua memang besar2.mak sengaja buat besar,dengan harapan..saya akan berisi.
nak berusaha untuk makan banyak..cuba!!
3 ulasan:
la, ko pon same macam arip. niat nak tambah berat. nak aku bluetooth lemak? kalo boleh, esok aku bluetooth. cakap je brp kg ko nak.
weh, ko try je sumbat nasik banyak2. kalo kenyang pon, makan je. aku da kenyang pon bole je sumbat makanan. aku stop masa makanan nak terkeluar balik dari mulut. mesti berkesan. cuba la
su, meh amik mai pny sikit. berat dh ni cuti keje makan je...=] mak su ckp tu serupa mcm mak mai ckp & mungkin mak org lain, huhu...
ikmal : nak sumbat camne weyh..makan roti canai sekeping pun tk abis!!..ni ko nka suh aku sumbat nasi sepinggan.
mai: hehe..bgus2..aritu..duk umah pon berat tk naik2.ye la kot nsht yg sma..
Catat Ulasan