salam..
baru 3 hari kuliah..dan baru tiga kelas bermula..tapi sudah rasa bahang keserabutan.haha~~
sekarang ni dah daftar 8 subjek = 15 unit..ada lagi 2 subjek yang tak dapat nak daftar.keserabutan minggu pertama.
1- kuantum mekanik ( wajib pusat )..3 unit..masa tanya kat kaunter,dia cakap kena prasyarat lulus stsf2012..tu subjek wajib major untuk budak fizik. kitaorang ni ambil nuklear lah..tak kan lah kena ambil juga stsf2012. menambahkan subjek yang sudah sedia banyak. minta2 kuliah kuantum ni tak mula lagi. kalau tak,memang terkial2 lah nak kejar.
2- STPD ( pilihan dekan )..3 unit..oh!..yang ni pun sama. banyak subjek yang masanya bertindan dengan masa subjek major. nak ganti dengan PB pun masih tak dapat lagi. semua PB yang ok dah penuh.
3- hari dan masa untuk 2 makmal tak dapat lagi..makmal pemprosesan sinaran dan amali kimia.makmal buat petang. sekarang,jadual saya dah penuh untuk hari selasa dan khamis. dan hanya ada 1 kelas untuk hari isnin,rabu,jumaat..belum masuk lagi untuk subjek2 yang tak dapat daftar lagi..
4- pindah bilik dan blok. sebelum mula sem,mereka cakap pindah masa minggu pertama.minggu ni lah kan..tengok blok tu masih tak terurus lagi. pastu mereka cakap akan diberitahu kemudian bila nak pindah. a'ah..agaknya nak tunggu kerja saya menimbun nanti baru nak suruh pindah kan..

dan beberapa lagi perkara yang lain. agak penat jugaklah otak nak fikir benda2 ni.tiba2 terfikir, kalau ada senior bimbing mesti ok kan.hehe..tapi tak apa..hidup kat u ni jangan bergantung sangat dengan orang lain.kena berdikari,independent,berani tanggung risiko..
kalau semua nak orang suap dan tolong,memang lah senang..tapi,diri sendiri nanti yang rugi.
Life is a succession of lessons which must be lived to be understood.-Ralph Waldo Emerson
One way to get the most out of life is to look upon it as an adventure.-William Feather.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan