Januari 15, 2011

mahasiswa kah saya?

dulu masa sekolah..dapat tahu akak2 dapat sambung masuk matrikulasi,universiti..rasa sangat jeles sebab mereka pandai dan layak masuk universiti..

dulu..masa sekolah..berbual2 dengan cikgu..mereka beri semangat kepada saya untuk belajar dan terus belajar hingga ke peringkat lebih tinggi. dan saya suruh mereka cerita mengenai pengalaman mereka di universiti.sangat seronok mendengarnya.

dulu..masa matrikulasi..lihat kawan2 seperjuangan lain masuk universiti..rasa sangat jeles sebab mereka dapat masuk universiti dulu dari saya.

dulu..dah penat berusaha,belajar untuk capai tahap sekarang.berusaha untuk sambung pelajaran dalam bidang sains nuklear..Allah dah izinkan dan permudahkan jalan untuk sambung belajar dalam bidang sains nuklear.dan kemudian Allah permudahkan lagi dengan pemberian biasiswa JPA.

sekarang..banyak mengeluh,banyak merungut dengan dugaan,halangan,cabaran dalam perjuangan untuk menuntut ilmu.emm..kadang2 rasa tak layak untuk saya terima semuanya ini.

tak ada air,mengeluh..tak ada internet,mengeluh..banyak kerja sikit,mengeluh..masalah sikit,mengeluh..emm..

Allah dah permudahkan dan beri banyak kesenangan. tak akan lah baru kena uji sikit dah mengeluh suraya?

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

~kena belajar untuk tahan cabaran fizikal,mental,emosi dengan lebih lagi.supaya tiada lagi keluhan walaupun sedikit!.~

Tiada ulasan: