Januari 25, 2011

selesai sudah..

Alhamdulillah..selesai sudah Bengkel Jati Diri ( BJD )..

terima kasih kepada ketua pengarah ( kak ca ) kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi setiausaha BJD kali ini.dan terima kasih juga kepada rakan2 AJK yang memberi kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang tempoh persediaan dan semasa program berlansung. terima kasih banyak2..

kepada peserta,maaf jika terdapat kekurangan dari pihak urusetia terutamanya kekurangan semasa saya menjadi ketua disana.terima kasih juga kerana memberi kerjasama sepanjang program. gembira melihat kalian tersenyum,gelak, ketawa sepanjang program berlaku.maaf,tak dapat duduk berbual-bual dan seterusnya tak dapat berkenalan dengan kalian dengan lebih lanjut.

semoga ukhwah antara kita adik beradik psscmukm semakin erat dan teguh.Amin.

__________________________________________________________

gembira melihat mereka ketawa,tersenyum ketika program.dan gembira juga dapat menyakat dan mengusik mereka.haha..maaf ye jika ada yang kena usik lebih2..

sangat bersyukur kerana semuanya ok,respon dari peserta ok dan segala2nya ok.risau juga kalau tak ok sebab ketua pengarah,timbalan pengarah ada sekejap masa BJD dan semua urusan berkaitan BJD saya yang kena pantau dan uruskan.dari saat bertolak dari ukm sampai lah kembali ke ukm.

Alhamdulillah..ni semua pengalaman yang sangat bermakna dan berguna..terbalas juga segala kepenatan,tak cukup tidur,masa,duit,stress,tension dan lain2..sangat berbaloi.

jom lepas ni kita bekerja untuk program terbesar iaitu Kem Waja Diri ( peringkat kebangsaan,psscmukm tuan rumah.dijangkakan bulan disember)..dan tak lupa juga untuk program2 yang lain..

2 ulasan:

intanhafizah berkata...

suraya, nnt upload la gmbr ea..tahniah utk korng..

..SuRaYa.. berkata...

kak intan..gmbr2 semua ada kat khoiri,nazman,kak e..bjd kali ni sya tk ambil bnyk gmbr.klu ada gmbr pun,cuma gmbr pemandgn kat situ.hehe..

thnks kak.