Februari 04, 2011

pendiam dan tidak peramah



saya seorang yang pendiam ok..

pendiam bila:
1- bersama dengan orang yang tidak dikenali dan yang tidak rapat.
2- tiada benda penting untuk dibicarakan,dicakapkan..saya lebih suka berdiam diri.
3- bila mood dan emosi tak berapa nak baik sangat.

senang cerita,saya hanya akan bising bila bersama orang yang rapat.yang dikenali tapi tak rapat pun tak berapa nak bising sangat.saya lebih suka berdiam dan jadi penonton serta pendengar sahaja..

peramah?..saya bukan seorang yang peramah.

tak pernah pun dengar orang kata saya ni seorang yang peramah.sombong banyaklah..tapi,ada saya kisah?..haha..

ramai orang kata muka saya jenis sombong..tapi..yang peliknya..

1- bila tengah tunggu bus,komuter,keretapi dan lain2 yang patut ditunggu..ramai orang yang bertanya kepada saya arah,jalan,tempat itu ini..sedangkan kat situ sangat2 ramai orang..

adakah kat dahi saya ada cop perkataan " kaunter pertanyaan"..emm..tapi ok lah..kalau dah bertanya tu reti ucap terima kasih..ni kalau yang jenis tak reti ucap terima kasih ni..tak suruh belanja pun..sekurang2nya,ucap lah terima kasih..kalau tak nak pun,senyum pun ok..


2- bila dalam bus,komuter..punyalah banyak tempat kosong..tapi dia nak juga menyemak duduk sebelah saya.kalau kawan tak kisah..emm..nak nak lagi masa tu saya bawa barang banyak.

tolonglah..saya memerlukan ruang.kenapa nak duduk sebelah saya juga walaupun tempat lain banyak kosong dan masa tu saya tengah bawa barang yang banyak.sanggup suruh saya angkat barang2 kat kerusi sebelah semata2 dia nak duduk.rimas lah..saya perlukan ruang!..lagi2 kalau masa tu penat dan tak ada mood.

adakah perkara2 ni berlaku sebab saya sendiri..saya suka tengok orang yang keluar masuk bas,orang yang lalu lalang..emm..

tapi nak buat macamana ..tengok dan lihat orang2 sekeliling ni salah satu hobi saya..sanggup duduk kat satu tempat berjam2.,semata2 nak tengok perangai,ragam orang ramai..sebab dari situ,saya belajar banyak perkara..

mungkin kah saya perlu tinggalkan hobi ni..


2 ulasan:

themissingikmal berkata...

da tumpang tanye pastu xnk ckp thanks...mmg terbaik la manusia tu...

hobi ko unik!
xperlu kot tinggalkan hobi tu

..SuRaYa.. berkata...

a'ah..mmg terbaik n terhebat!..budi bahasa budaya kita..emm..

unik ke?..huhu