Februari 20, 2011

rumah..

salam..

sejak akhir2 ni..saya asyik teringat rumah je..ok,rumah buat apa..asyik teringat nak balik rumah..nak jumpa mak abah,adik beradik..serius,sangat rindu mereka walaupun tak sampai 15 hari tak jumpa..

kesihatan pun sejak seminggu ni tak berapa nak ok. demam,selsema,resdung,sakit kaki,sakit tangan..

kaki kanan tak ok lagi..akibat terseliuh masa main lari2 kat padang..dah dekat sebulan.ada masa tak sakit,ada masa sakit sampai cramp kaki terutamanya kat bahagian betis.terutamanya masa naik turun tangga..tapi tak apalah..setakat ni boleh tahan lagi..

tangan pun sakit..tangan kiri..ni pun rasanya sebab terseliuh masa silat..kadang2 sampai terasa kena kejutan elektrik kat tangan kiri bila terlebih buat kerja pakai tangan kiri.

dan dalam masa seminggu ni juga saya kerap mimpi mak,abah,adik beradik,rumah..tersedar je dari mimpi,terus capai nset..telefon mak walaupun masa tu pukul dua tiga pagi..lepas habis telefon,tidur balik..paginya nanti mak saya telefon dan tanya saya apa yang saya cakap masa telefon awal pagi tadi..sebab dia tak faham apa yang saya cakap.

mak kata saya mengigau..eemmm..

serius,mimpi sampai meracau2..

mungkin sebab saya rindu sangat kat mereka..ye la..masa cuti mid sem hari tu..duduk rumah tak sampai 4 hari..dapat jumpa dengan mak,adik bongsu,akak tak sampai 2 hari..sebab mereka pergi hantar sepupu kahwin.

rindu masakan mak pun ye juga..mak pun asyik tanya bila saya nak balik.

tak tahu dapat balik rumah bila sebab banyak program hujung minggu sampai pertengahan bulan 3.

tak apalah..pengorbanan dalam mengejar cita2,impian..kuatkan hati,kuatkan semangat,tabahkan diri..insya'allah..semuanya akan ok.

Allah berikan kita kesakitan supaya kita lebih menghargai waktu sihatnya kita. Apabila kita sakit, kita mula berfikir dan muhasabah diri tentang kesilapan masa lalu kita. Kan itu baik untuk kita lebih dekat kepada-Nya.

Bila kesakitan ini lebih mendekatkan aku padamu, kupanjatkan rasa syukur dan aku redha dengan segala ujianMu yang hanya sekecil ini berbanding nikmat yang telah sekian lama Kaukurniakan kepadaku!

Tiada ulasan: