UNIC-SEKOLAHKU
Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita
Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan
Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan
Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan
Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli
Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan
Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"
rindunya kat kawan2 sekolah( SR LKTP Maokil 2 dan SMK Maokil )..rindu kat cikgu2..rindu dengan gelagat,gurauan,peragai korang..
seriusly..sangat rindu dengan korang semua..bila lah nak buat reunion ye ( sila pilih orang lain pula untuk handle..)
tahniah kepada yang sudah mendirikan rumah tangga..maaf lah ye..ada beberapa majlis korang yang tak dihadiri..
dan kepada yang lain tu..semoga berjaya dalam segala2nya,semoga hidup diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT..
dan..
jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah kepada kawan2 kita yang telah pergi dulu..
~rindu korang sangat2..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan