Alhamdulillah..dah 21 tahun 1 bulan 6 hari saya dapat hirup udara, bercakap, berjalan, mendengar, melihat dan semua2nya.dah 21 tahun saya hidup kat muka dunia ni..eemm..tah berapa banyak dosa yang telah dilakukan. mohon kemaafan kepada sesiapa yang terasa dan sakit hati dengan sikap,kelakuan dan segala kekurangan saya.ampun dan maaf dipinta.
orang kata,makin bertambah umur berusia, makin matang..matang dalam kehidupan seharian,matang dalam membuat keputusan..matang dalam segala2nya lah senang cakap.
hari tu skype dengan roommate kmj pun dia cakap saya nampak matang sikit. entah lah..saya pun tak pasti tahap kematangan saya ni bertambah ke tidak. haha~~
makin teruk perangai adalah rasanya.makin menggila. lagi2 masa tengah exam hari tu..macam2 aktiviti merepek yang dilakukan.
1- main badminton sampai pukul 2 pagi..serius,rasa sangat bahagia masa tu!
2- main bola dalam bilik sebab tak ada geng untuk main bola.semua orang sibuk baca muka buku nak exam.dah lah bilik felo kat bawah dan kat depan bilik ni.tapi,ada saya kisah?
3-pergi tengok perlawanan bola sepak kat pusat sukan ukm.walaupun tak tahu pasukan dan pertandingan apa yang tengah berlansung masa tu..layan je.sedangkan selama ni tak adanya pergi tengok benda2 ni.
4-main game soduku kat facebuk.
hoho..banyak lagi..tapi,biarlah rahsia..tapi,saya enjoy buat2 semua tu..tak kisah lah orang nak cakap apa. tu cara saya untuk kurangkan stress.
azam umur 21..nak jadi orang yang sentiasa positif sentiasa dan berusaha untuk beroleh kejayaan didunia dan diakhirat.(masa hari tu,tak sempat nak fikir azam umur baru sebab exam serabut dengan hidup yang serabut sebab tak reti urus kehidupan sendiri.serabut lah ayat ni!)
baru sekarang dapat berfikir dengan 100% waras dan sedar serta tidak dipengaruhi oleh emosi. bukan lagi separuh sedar.eh?
semoga hari2 mendatang dapat dimanfaatkan dan digunakan dengan semaksimum mungkin.Insya'allah..
segala yang telah berlaku,jadikan sebagai pengajaran dan pengalaman sebagai panduan untuk hari2 yang mendatang.

6 ulasan:
lebih baik ko g daftar jadi pengundi...
cis!..tercalar hati aku!..
*skrg ak seorg yg snsitip ok.sila percaya!*
nk skype... saje nk penuhkan list skype =) hehe
nnt add lah mai, farhainismail
huhu
dah lma add lah mai..=)
good luck su
Catat Ulasan