cerita satu..
petang tadi..sebelum pergi dewan exam ( dectar )..ada insan tu telefon mak dia..dia suruh mak dia doakan dia dapat jawab exam..selalunya dia tak akan cakap camtu dekat mak dia sebab dia tahu mak dia tiap2 hari doakan anak-anak..
biasanya dia cakap benda yang tak ada kaitan dengan exam dan cuma bagitahu je yang dia nak masuk exam..dan mak dia pun terasa lain dan terus cakap macam ni..
"kalau berdoa pun,kalau tak berusaha tak boleh juga."
ok,sentap habis jiwa dia!!..mak dia tahu yang dia tak berusaha 100%!..naluri ibu memang tak dapat nak elak!..terus dia rasa nak nangis..tapi tahan je dulu..sebab dia rasa sangat bersalah sangat dekat mak dia..
lepas tu dia terus cari alatan menulis,kad masuk exam dan kad matrix..dan kad matrix tak jumpa.habis bilik diselongkar!
air mata dia masa tu memang dah nak jatuh..tapi dia masih tahan juga sebab dalam hatinya berkata.. "tak remaja lah kalau nangis sebab benda kecik."haha~~
dan dia pun pergi lah ke hmart membeli roti untuk mengalas perut dia yang sememangnya kosong lagi hari ahad sampai petang tadi.
cerita dua.
al kisahnya..ada lah sorang insan yang bergelar mahasiswi tapi tak ada ciri2 mahasiswi yang unggul..sebelum masuk exam,dah terfikir..macamana nak jawab exam ni..dan dia sangat yakin dia kena repeat paper tu sesi depan.
dia masuk ke dewan dengan ilmu yang tak penuh kat dada dan otak,dengan confident level <50%..dia pun cari lah meja yang bernombor 191.dan dia terus duduk bila menjumpai meja tersebut..duduk2 terus tengok soalan.
perkataan pertama yang diucap ialah " Alhamdulillah "..sebab soalan tak sesukar yang diimaginasikan..rupa2nya,baru dia sedar yang soalan tak sesukar tu lebih sikit berbanding dengan soalan sukar.
sejam yang pertama dia tekun menjawab soalan tersebut..masuk je minit yang ke 75,dia terus hilang fokus.dan dia duduk termenung..
duduk termenung mengenangkan diri yang naif,tak buat persediaan,dengan tengok jawapan yang tak lengkap,dengan tak jalankan tanggungjawab dan amanah keluarga,pihak penaja dan masa itu juga semua masalah yang telah ditinggalkan kat luar dewan masuk menziarah dia.
dan dengan tak disangka2..air mata yang dia tahan masa kat cerita satu tu terus jatuh..dan dia cepat2 cover dengan sweater yang sebenarnya bukan sweater.dengan harapan,jiran sebelah meja dia,iaitu encik ikmal tak perasan.
dan dia memang tak dapat nak beri perhatian dekat kertas jawapan dan soalan itu lagi.dan dia menghabiskan sisa-sisa masa yang berbaki lebih kurang 45 minit itu dengan termenung sambil menahan air mata supaya tidak tumpah dengan banyak dan supaya tidak menganggu jiran sebelahnya..dan dengan harapan jiran sebelahnya tak sedar apa yang berlaku.
dan bila dia keluar dari dewan exam tersebut,dia telah berjanji untuk tebus kesalahannya dalam masa seminggu ni..tapi,dia tak yakin dengan diri sendiri.dia tak yakin dia kuat dan mampu untuk hadapi semuanya..
dan dia memang selalu mengecewakan dirinya sendiri.dia tak pernah serik.
4 ulasan:
baru 1 paper suraya..boleh tebus kat paper2 lain...mende mmg susah...sabar je la ye..
btw, aku mmg perasan skali ko tarik sweater ko tp aku xtau la ade agenda lain...
proses penjatuhan air mata sangat elok ye, boleh kurangkan tekanan, boleh bersihkan mata...
berusaha lagi!
bez of luck!
cover balik ngan paper2 lain tau!
tetibe akak tringat makcik sblh atuk akak ckp.."klau exam nk senang, baek masuk tadika balik.." sentap ati mak, nak. tp bile fkr blk, mmg trus jd +ve la!
insya Allah, setiap yg susah 2 ade kemudahan yg akn dtg. slmt enjoy ngan lagu weslife!
eh, tertinggal word.
"makcik sblh UMAH atuk akak"
aiyaa. ayat akak da touching. leh spoiled ngan 1 word. kacau btul.
ikmal: hehe..haruslah..cover kena pandai..ok.all the best!!..thnks a lot!
kak zaty: haha..sya baru nk amik tisu..bca komen ke 2 trus tergelak2..lawak lah akak ni..
ayuh2 jd +ve..all the best utk akak..smoga depermudahkn sgala urusan.amin.
Catat Ulasan