April 05, 2011

cipta lagu..


rasa nak cipta lagu lah..tiba2 sekarang dah berjiwa seni dan bersastera kan..

kalau dulu ada lagu cinta ini membunuhku,sekarang..rasanya nak dengar lagu persahabatan ini membunuhku..tolong sesiapa yang reti cipta,buat lagu ni..

mungkin dalam lagu tu ada kena letak ayat ni..

-apa lagi yang harus dibuat,dilakukan..
-nak suruh berkorban sampai diri ni terkorban..
-kalau tu jalan yang terbaik,rela dan redha terkorban..

nanti bila diri ni dah terkorban,sila2 lah sedekahkan Al-fatihah,doa supaya diri ni aman..oh,yang penting jangan ditangisi diri ni bila dah terkorban..dan lepas tu mungkin patut rasa berbahagia juga lah sebab dah tak perlu nak sorokkan apa2,tak perlu private kan fb lagi sebab diri ni dah terkorban kan..

jangan risau dan jangan rasa bersalah..sebab diri memang rela dan redha jika terkorban..kat dunia ni,memang perlukan pengorbanan..cuma rela atau tidak je.

"jika anda bersahabat,bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda tersebut."

dan diri ni memilih untuk berkorban untuk keluarga,dan semua orang yang dianggap kawan.rela terkorban banyak2 kali demi orang2 yang disayangi.

jangan risau keluarga,kawan2 yang sayang diri ni..walaupun diri ni dah terkorban sekarang,tapi masih boleh untuk mengorbankan hidup untuk kalian semua. akan sentiasa berada disisi kalian selagi ALLAH SWT beri kesempatan.



selemah-lemahnya manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.

Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai..." "Allah certainly has unique ways to show His Love. I hope I will not lose my chance..

~saya seorang yang lemah kerana saya tak pandai cari sahabat,kawan.tak sampai seribu pun kawan saya.tapi,saya tak nak jadi lebih lemah.~

Tiada ulasan: