April 06, 2011

nak keluar.


bulan lepas (baca: march ) tak keluar pergi mana2 pun..duk terpusing2 dalam ukm je..buang masa,lepak sana sini..akhir bulan baru ingat dan sedar balik rumah (sebab ada kenduri).tu pon selepas habis diperli oleh adik beradik,mak,dan tak lupa juga kaum kerabat sebab sepupu kahwin,saya tak pergi..

dan siap kena ugut lagi." nanti kau kahwin,aku tak nak datang".ok,baik.redha je.dah orang tak nak datang.tak kan nak paksa.muka masa tu memang pasrah habis.sedangkan dalam hati ketawa bagai nak rak.

ok,kembali kepada tujuan utama.

nak jejalan,tapi duit tak ada,sengkek..duit biasiswa tinggal untuk benda2 penting je,dan untuk short sem nanti.lagi2 sem ni ambil lesen dan beli segala keperluan belajar(perlulah kan cakap benda ni.sedangkan duit tu mmg diberi utk belajar).nak keluar pun kena fikir banyak2 kali..buang masa je fikir banyak2 kali,akhirnya keluar jugak.kan namanya tu sia2 je..

selalu buat cerita sedih dekat mak abah,dekat akak2..mereka telefon,mulalah berlakon menagih simpati,sedih..dengan harapan mereka bagi duit.hehe..biasanya berjaya.tapi tak boleh buat selalu.kesian kat mereka. (sila jagan tiru,ni kes derhaka punya ni)

kali akhir kalau tak silap..keluar pergi midvalley..selepas dapat duit biasiswa,akhir bulan januari dan pergi enjoy sampai tak ingat dunia.pergi dengan akak.so,kikis mengikis antara kami ni adalah amalan mulia.eh,amalan biasa.saya kikis duit dia,nanti dia kikis duit saya.begitulah ceritanya..rasanya tiada kesudahan.

disebabkan sekarang ni budget untuk keluar melepak ni tak ada dan masa mencemburui saya( ceh!..sedangkan diri sendiri suka belajar last minute!)..so,terperangkap lah saya di ukm ni..cuba menagih simpati dari akak,tapi dia tak layan.minta belanja toasted twister kfc pon tak dilayan.dia cuma nak belanja tengok wayang dekat klcc..motifff sangat kan..nak suruh saya berhumpas pulas pergi klcc semata2 nak tengok wayang dan akhirnya nanti saya tidur dalam tu kan..
tengah kemaruk nak makan ni..oh ye..kalau pergi kfc,memang makan ni je..haritu cikgu kata nak belanja saya 3 ( TIGA) toasted twister..tapi dia suruh balik labis..huh..suka mainkan perasaan saya.

~nak beli novel baru..dah lama tak beli dan baca novel.isk..~


Tiada ulasan: