selamat hari ibu kepada mak..Jariah Bt Elias..kita rindu sangat2 kat mak..tak cukup 4 hari balik rumah.. Alhamdulillah..4 hari tu dah kira lama untuk tahun ni kita dapat balik rumah.
sepanjang 4 hari,mak masak semua makanan kegemaran kita. balik2 je hari rabu hari tu,mak suruh kita timbang berat badan..berat badan kita turun 3kg. mak tanya kenapa..kita cuma cakap tak ada selera nak makan je.lepas tu,mak banyak nasihatkan kita tentang pemakanan.ye2..kita akan ikut.
tak tahu hari ni kenapa..lepas kita salam dan cium mak sebelum balik ukm..kita cakap selamat hari ibu dalam keadaan yang menangis..kita rasa mak perasan. dalam perjalanan ke stesen keretaapi labis pun kita nangis..abah perasan kot.
dan sekarang..kita baru je lepas makan kek yang mak buat siang tadi dan bekalkan untuk kita..dan kita makan dalam keadaan menangis..
kita rindu dengan mak.kita tak puas berbual dengan mak.kita tak puas dengar mak bercakap,nasihat kami semua.
doakan kita dapat bertahan kat ukm ni sampai habis short sem. nanti cuti 2 bulan tu,kita memang akan duduk rumah je..kita tak nak balik ukm masa tu.
nanti bulan puasa,Insya'allah..kita buat kuih,biskut yang mak tunjukkan kat kita masa malam khamis hari tu..
kita sayang mak.terima kasih atas segalanya..jasa dan pengorbanan mak dan abah sampai bila2 pun kita tak dapat balas.
"Ya Allah Ya Tuhanku..ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku ketika aku kecil dan rahmatilah mereka serta tempatlah mereka bersama-sama orang yang beriman di dunia dan di akhirat..amin.."
kita suka lagu sedetik lebih.liriknya cukup bermakna..dan kita tujukan lagu ni khas untuk mak abah dan adik beradik..sayang semua Lillahi Ta'ala..
2 ulasan:
betuah mak ko ada anak mcm ko...mak adalah segala2nya
ye..mak adalah segala2nya..
Catat Ulasan