Jun 07, 2011

amanah


ok.abaikan yang pasal wakil rakyat tu sebab saya bukannya memikul amanah sebagai wakil rakyat atau Yb or apa-apa jelah!

secara jujurnya..saya takut dengan amanah yang diberi..takut tak dapat tunaikan dan laksanakan dengan sebaik mungkin.

amanah,tanggungjawab dan janji kepada PENCIPTA alam ini.sudahkan saya tunaikan dan laksanakan dengan sehabis baik?
amanah,tanggungjawab dan janji kepada ibu bapa, keluarga..
amanah,tanggungjawab dan janji kepada pihak penaja..

dan beberapa lagi amanah dan tanggungjawab yang dipikul.

dan terbaru..
amanah dan tanggungjawab dalam SRMUKM sebagai exco.ok,yang ini Insya'allah saya boleh!!

amanah dan tanggungjawab dalam PSSCMUKM sebagai exco KWD yang melibatkan >50 IPTA/S..program ni melibatkan >1500 orang peserta/penyokong.peringkat negara!!!..Insya'allah..program ni akan berlansung bulan 2 tahun depan. dan gerak kerja,mesyuarat telah pun bermula sejak bulan ini secara rasminya.

emm..sebetulnya,saya tak yakin dengan diri sendiri yang saya boleh memikul tanggungjawab dan amanah yang diberi.pada masa yang sama, saya tak nak lari dari amanah dan tanggungjawab yang diberi.loser habis kalau lari dari tanggungjawab dan amanah yang diberi..ye lah..orang dah beri kepercayaan kepada kita,tak kan dengan senang-senang nak larikan diri?

sesi depan kena uruskan masa dengan baik!..dengan thesis,kuliah,kelas latihan silat,srmukm,psscmukm,kwd..
oh!..banyaknya!!..banyak yang perlu dipikul,diberi perhatian.

nasib baik dulu tolak jadi AJK psscmukm..kalau tak,makin serabut hidup..

Insya'allah,saya akan lakukan dan jalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin!!..amin.

2 ulasan:

panda putih berkata...

good luck su!

..SuRaYa.. berkata...

thnks dell..all the best to u too..