mula-mula nak terima kasih kat kak zaty sebab tag pasal benda ni.lepas tu, nak minta maaf juga sebab lambat buat benda ni dan tak ikut syarat "pertandingan" tu..tak reti buat sajak,bersyair lah kak..apa-apa pun,semoga persahabatan akak dengan sahabat akak tu akan kekal hingga ke akhir hayat.amin..
ok..kat entri ni saya nak hargai kawan saya yang paling setia,baik,tak banyak kerenah.pemalu..iaitu Nor Idayu..kami dah berkawan dari tadika hingga kini dan Insya'allah sampai hujung hayat..15 tahun..sepanjang 15 tahun tu,tipulah kalau tak ada pergaduhan,merajuk,kecil hati,makan hati dan lain-lain.tapi,salah seorang dari kami nanti akan mengalah.ikut situasi.
yang bestnya pasal ayu ni..dia ni mempunyai personaliti yang berlawanan dengan saya. saya kuat bercakap,bercerita dengan orang yang saya kenal,dia banyak mendengar.saya ni jenis yang kurang bersabar,dia penyabar.senang cerita,saya api,dia air.saya sembur banyak mana pun kat dia,dia tetap mengalir dengan tenang. Alhamdulillah..sebab personaliti kami yang berlawanan ni lah saya rasa lengkap bila bersama dia..
lepas sekolah kami berpisah ikut haluan dan cita-cita masing-masing.walaupun jauh,kami selalu main mesej.dan kadang-kadang,janji sama-sama bila nak balik rumah. nanti boleh jumpa.15 tahun yang penuh dengan kenangan manis,pahit dan lain-lain.segala yang berlaku kami jadikan pengajaran dan pengalaman..
disebabkan saya ni tak berjiwa dan tak ada bakat dalam dunia sastera..saya gantikan sejak tu dengan ini.hehe..salin dan tampal lirik lagu 'count on me'.hehe~
dan lagu ni untuk ayu dan rakan-rakan saya yang lain..
ayu!.semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.dan semoga kita dapat harungi segala yang menghalang persahabatan kita.amin..

2 ulasan:
wahaha. name akak naik! trimas sbb wat. xde la mara pun sbb lmbt. ade rezeki kite jmp kat ukm. salam ramadhan :)
terima kasih kembali..:)
salam ramadhan juga.:)
Catat Ulasan