September 05, 2011

biar

bila kawan-kawan, cikgu, sedara mara,kaum kerabat dan lain-lain tanya saya belajar kat mana dan ambil jurusan apa..seperti biasa saya akan jawab ikut mood.kalau mood masa tu agak baik,bagus..saya bagitahu lah ukm,sains nuklear..kalau mood tak berapa nak elok,ukm,sains..sebab nanti mereka akan tanya macam-macam pasal nuklear termasuk isu-isu semasa.kalau mood baik,pasti akan jawab dan terangkan sikit.kalau tak baik?lagi-lagi kalau dia cakap bidang nuklear ni memusnahkan,perosak.tak pasal-pasal nanti kena hentam balik dengan saya..

dan saya tak suka bila isu nuklear dipolitikkan..kemudian,yang tidak tahu mengenai nuklear..terus cakap,buat fan page kat fb kata 'say no to nuclear malaysia','belia tanpa nuklear' dan paling teruk 'haramkan najis nuklear di malaysia'.oh ye..tak sabar nak tunggu kerajaan Malaysia haramkan najis nuklear ni..

harap pihak AELB tak jumpa blog saya.kalau tak kena lupuskan sebab ada logo ni.

biar..
  1. biar kena bedah seluruh badan untuk cari salur darah tersumbat.
  2. biar kena bedah untuk buang kanser
  3. biar  tak dapat masuk universiti sebab tak dapat nak xray.
  4. biar kertas tesis,buku korang cacat sebab kertas tu ada yang nipis,tebal.
  5. biar  rugi/untung sebab beli tin cat yang mungkin cat dalamnya sikit atau terlebih.
  6. biar buat rumah dekat kawasan yang beradiasi.hidu banyak-banyak gas radon.
  7. biar bahan binaan mengandungi bahan-bahan radioaktif.
  8. biar bahan untuk kapal terbang,laut dan lain-lain ada "crack".lepas tu ramai-ramai naik.
  9. biar budak geologi penat mencari fosil,batu-batu.lepas tu tak dapat nak tahu usia fosil tu.
  10. biar serangga perosak beranak pinak lepas tu menyerang tanaman.
  11. biar itu ini...bla..bla..bla...sebetulnya dah tak ingat lagi aplikasi nuklear.hehe
dan yang paling penting,jangan biarkan diri anda terdedah dengan cahaya matahari sebab cahaya tu terhasil dari tindak balas nuklear. dan yang penting,jangan duduk dekat bumi sebab 'inner core' dalam bumi tu pun melibatkan tindak balas nuklear. hah! tak tahu..semua tempat ada tindak balas nuklear!!

ramai orang tak tahu bidang nuklear ni luas..mungkin sebab masa sekolah belajar sejarah peristiwa Hiroshima dan Nagasaki kena bom nuklear.kemudian dalam geografi,nuklear sebagai sumber alternatif untuk jana elektrik..lepas tu dalam akhbar menceritakan peristiwa Chernobyl,Three Miles Island dan terbaru Fukushima.jadi,dalam pemikiran mereka,nuklear=senjata nuklear dan reaktor nuklear=kemusnahan.

bagi mereka yang berpeluang belajar fizik tingkatan lima bab akhir ada mengenai keradioaktifan berserta sedikit aplikasinya..hah!!jangan bohong kata tak tahu bagi sesiapa yang pernah belajar fizik!!

kemudian,sesiapa yang berpeluang sambung belajar diperingkat matrikulasi dalam jurusan sains fizikal..jangan tipu kalau tak ada belajar pasal nuklear dan sedikit aplikasinya masa sem 2 bab akhir-akhir!!

Lynas?
saya tak tahu kilang Lynas tu sebetulnya untuk hasilkan apa..rasanya pepejal nadir kan?dan benda tu akan melibatkan bahan radioaktif dan akan menghasilkan radiasi kan?berapa mSv kena orang awam?jadi saya tak tahu apa-apa..

tapi pandangan saya..jangan buat,bina atau apa-apa yang berkaitan dengan kilang,reaktor jika rakyat Malaysia tak yakin dengan keselamatan mereka bila ada benda tu. dan yang paling penting, jangan jangan jangan jangan jangan politikkan nuklear..tolong jangan jangan jangan jangan jangan nak cemarkan sangat minda rakyat Malaysia bahawa nuklear tu hanya untuk kemusnahan.

~setiap benda yang ada kat dunia ni,yang dicipta oleh ALLAH ada fungsinya. ada kebaikkan dan keburukkan.terpulang kepada masing-masing untuk gunakan benda tersebut untuk kebaikkan atau keburukkan.~

lago baru..lebih mudah difahami dan nampak bahaya dari sebelum ni.

p/s-saya nak beraya lah kawan-kawan!!.tolong jangan serang saya dengan soalan2 nuklear ni..bagilah saya beraya dulu..

2 ulasan:

themissingikmal berkata...

susah kan ada manusia yg bodoh sombong yg berpura2 pandai?

..SuRaYa.. berkata...

mana ada susah.senang lah.sebab mereka main cakap je tanpa refer fakta.kan senang tu..