Assalammualaikum..
Alhamdulillah..sekarang saya sudah berada di tahun akhir untuk Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Sains Nuklear). Insya'allah..akhir tahun depan, saya akan menamatkan pengajian dalam bidang yang saya idamkan.
selepas itu..mungkin saya akan menyambung pengajian keperingkat lebih tinggi sama ada sepenuh masa atau separuh masa..ikut kemampuan ketika itu..saya tak dapat fikir bila masa yang tepat untuk capai cita-cita yang ini..seboleh-bolehnya sebelum saya berusia 28 tahun.
mungkin saya akan sambung di UKM atau USM..masih dalam perancangan.
Insya'allah..bila saya dah lepas tahap tu..saya nak ambil PhD pula sebelum berusia 35 tahun..
saya tetap memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang sains nuklear. tak tahu kenapa..secara rasminya..sejak berusia 15 tahun lagi saya sudah jatuh cinta dengan bidang nuklear. walaupun banyak ilmu nuklear yang tidak fahami dan diketahui.huhu
semoga saya sentiasa bersemangat dan kuat untuk hadapi segala halangan,dugaan,cabaran untuk mengejar cita-cita dan impian.amin..
2 ulasan:
amin.
aku sokong kau :)
semoga tapak genting suraya dipermudahkan
amin..terima kasih ikmal..
jom menambah saintis melayu dan Islam.
Catat Ulasan