Assalammualaikum..
sejak akhir-akhir ni, saya jadi pengembara di bumi sendiri. jadi pengembara di dalam ukm. balik bilik sekejap je untuk salin baju, ambil nota, tidur sekejap dan lain-lain.
ni semua disebabkan air. sejak awal masuk sampai nak grad, memang ni lah masalah yang saya hadapi setiap sem. sekarang, saya dah matang hadapi masalah ni. tak seperti dulu, masa zaman tahun 1.
air tak ada berhari-hari, saya boleh gelak ketawa lagi.
saya merantau cari air di pusanika, fakulti, bilik kawan dan lain-lain. dari pagi hingga malam saya duduk situ sebab kat situ ada sumber air. kadang-kadang, kalau saya malas balik bilik, saya tidur kat bilik rakan muda di pusanika. pagi baru balik bilik. lepas tu tengahri keluar balik dan buat aktiviti sama.
masuk hari ni, hari ke lima saya jadi pengembara. haha.
sebetulnya, saya dah tak larat dan naik malas nak merungut stress pasal masalah ni. dari saya duk kerja merungut, stress benda ni.. baik saya pergi cari air. kat mana ada air.
mandi di merata-rata tempat.. pejabat pentadbiran kkm, blok kosong, fakulti, pusanika, dan kolej kawan. siap guna air pili bomba lagi. tidur pun merata-rata tempat..
tipulah kalau tak stress.. dengan sekarang minggu exam lagi.. tapi dengan cara merantau ni lah mampu mengurangkan stress tersebut. tapi badan memang agak penat lah.
tak apa.. ni semua cabaran, dugaan, halangan untuk saya kejar impian dan genggam ijazah yang saya impikan. bukan senang kita dapat sesuatu yang kita impikan dan cita-cita kan. kita kena tabah, sabar, bersemangat dan sentiasa terus asa untuk kejar impian tersebut.
~terima kasih kepada dyana teman belajar dan tidur di bilik rakan muda semalam. terima kasih kepada dya sebab sudi bagi saya menyemak kat bilik dya dari tengahari sampai sekarang ni. terima kasih banyak2 dyana dan dya.~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan