Januari 20, 2012

sem 1 tahun 3

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..sudah berakhirnya sem 1 tahun 3 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

setiap detik dan saat yang berlalu sepanjang sem.. sangat bermakna kepada saya.. setiap kejadian yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya..

suka duka, gelak ketawa.. lumrah kehidupan.. kat mana kita berada pun, kita akan laluinya.. bergantung kepada kita untuk memandangnya dari sudut positif atau negatif. 

saya merasakan sem ni sangat singkat. mungkin saya sibuk sehingga terasa sangat cepat masa berlalu. walau bagaimana pun, banyak kenangan yang terindah yang tersemat di memori saya. 

terima kasih kepada rakan-rakan yang mengelilingi dan menghiasi hidup saya. terima kasih atas pengajaran yang diberikan secara langsung atau tidak langsung.

baru habis kuliah. gigih berjemur tengah-tengah panas.
BBQ nuklear tahun 3.


Broga-tekala volunteers.

makan-makan dan melepak dengan keluarga SRMUKM.
perjalanan selamat.
pencerapan gerhana bulan penuh.
ekspresi remaja tv9
sukarelawan sambutan kapal belia asia tenggara
ok lah.. cukuplah gambar-gambar ni..tak larat nak menyelongkar gambar kat laptop lagi.

apa-apa pun.. Alhamdulillah.. 

Insya'allah.. 20 februari sem 2 tahun 3 mula.. saya nak manfaatkan dan penuhi saat-saat terakhir di UKM dengan memori yang terindah. jika ada halangan dan dugaan, saya harap saya dapat mengambil pengajaran dan pengalaman yang berguna untuk mendewasakan dan mematangkan diri saya. Insya'allah. 

Tiada ulasan: