Januari 30, 2012

ukm vs rumah

Assalammualaikum..

masa tahun 1, pantang cuti je saya terus cabut lari balik rumah.. sebulan dua kali balik rumah..

masa tahun 2 , dah liat sikit nak balik rumah. 2 bulan sekali balik rumah. sebab sibuk pergi sana sini, siapkan kerja dan lain-lain.

tahun 3? lagilah jarang-jarang balik rumah. cuti mid sem pun balik sekejap. ada cuti umum pun tak balik juga.. banyak kerja kononnya..

sekarang tengah cuti sem. tapi baru jumaat (27/1) haritu saya balik rumah. esok (31/1) dah balik ukm.

cuti sem ni saya banyak kerja nak dibuat kat ukm. yang utamanya, tesis.. disebabkan saya ni tak boleh nak menghadap tesis lama-lama, maka saya kena ada aktiviti lain yang perlu dilakukan untuk merehatkan otak.

Insya'allah.. saya akan berusaha untuk tolong adik beradik silat untuk karnival waja diri silat peringkat kebangsaan pada 11/2. mereka dah mulakan perkampungan hari ni.

dan semestinya.. saya akan melakukan aktiviti-aktiviti lain. nak pinjam basikal dengan pusat sukan ukm, nak main badminton (dah berhabuk badminton kat bilik) dan nak main squash.

~kalau telefon mak kata nak balik rumah. mesti mak akan tanya.. assignment semua dah siap? kalau tak siap, jangan nak ngada2 balik. siapkan. tak pun, ada exam tak? kalau ada, belajar je. jangan main nak balik je..haha.~

Tiada ulasan: