dah 2 minggu cuti sem berlalu.. setakat ni, saya cuma dah kumpul sampel air mineral sahaja. esok akan pergi cari sampel air minuman yang lain. air sekitaran? hari rabu ni baru nak bincang dengan prof bila nak ambil. sebelum 15/2 sampel saya semua dah lengkap.
| air-air mineral yang dah ada dalam bilik. |
sampel air minuman saya sepatutnya ada 7 dan air sekitaran ada 5. jumlah 12 sampel. dan saya kena lakukan dua kaedah analisis iaitu teknik sintilasi cecair dan HPGe. untuk mendapatkan data yang terbaik.. setiap sampel perlu dibahagi 3 untuk setiap kali analisis. maksudnya..
untuk teknik sintilasi cecair = 12 x 3 = 36
untuk HPGe = 12 x 3 = 36
untuk HPGe, Insya'allah saya boleh lakukan. sebab penyediaan sampelnya agak senang. kemudiaan sampel tu perlu ditinggalkan selama sebulan sebelum dianalisis.setiap sampel mengambil masa 12 jam untuk analisis..
36 x 12 jam = 432 jam = 18 hari.
jumlah hari penyediaan sampel + tinggalkan + analisis guna HPGe= 60 hari.
untuk teknik ni, Insya'allah.. hari rabu ni saya mulakan untuk sampel air yang dah ada.
untuk sintilasi cecair? Ya Allah.. hanya Allah saja tahu perasaan saya. takut, risau.. sebab kurangnya rujukan. cuma ada 2 jurnal dari luar negara je sebagai rujukan saya. kemudian dengan bahan kimianya tidak ada dalam simpanan dan perlu lakukan tempahan.. stok tu memerlukan masa sebulan hingga 4 bulan untuk saya dapatkan.
lepas penyediaan sampel, sampel tu perlu ditinggalkan selama sebulan.. baru boleh analisis. dan setiap sampel juga mengambil masa 12 jam..saya risau saya tak sempat siapkan analisis ni sebelum bulan 5.
30 hari (paling cepat bahan sampai) + 7 hari (penyediaan sampel) + 30 hari (tinggalkan sampel) + 18 hari (analisis guna pembilang SC) = 85 hari (hampir 3 bulan)
tu minimum hari untuk saya dapatkan bahan2 kimia tu.. kalau bahan tu makan masa 2 bulan?3 bulan? 4 bulan? sekarang dah bulan 2.. tesis kena hantar dalam bulan 6.
kemudian, kena analisis data dan bandingkan dua kaedah ni.. penulisan bab 4 dan 5 lagi??
kadang-kadang saya rasa, saya ni terlampau negatif.
3 ulasan:
woah, awak, kenapa macam susah je?
emmm.. entahlah dell.. secara jujurnya, sebab method ni lah tme sya buat kerja.. tba2 air mata keluar..
mungkin kurang keyakinan kot.
Catat Ulasan