Mac 24, 2012

24/3

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dan merasa nikmat yang dikurniakan olehNYA. Alhamdulillah. 


Alhamdulillah.

seperti biasa, pada hari lahir baru saya ada azam baru. azam untuk umur 22 tahun,
1- tamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan (Kebanggaan) Malaysia pada hujung tahun ni untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Nuklear)
2- perbaiki diri dari segenap aspek. 
3- rahsia.

seperti biasa, saya tak pernah letak tarikh lahir saya di mana-mana akaun sosial. maka, terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengingati tarikh 24/3 atau 24 march. terima kasih kerana sudi memberi ucapan. terima kasih atas doa. terima kasih untuk segala-galanya.

oh ye.. sempena peningkatan usia saya, saya hadiahkan kepada diri sendiri kasut sukan. haha. 

semoga saya rajin untuk bersukan. :)


Alhamdulillah.

semoga saya dapat menjalani kehidupan berusia 22 tahun berlandaskan jalanNYA.

Insya'allah. jika panjang umur, tahun depan berumur 24/3/13 = 23 tahun. :)

~petang tadi pergi jogging dekat pusat sukan UKM. dah dekat sebulan tak jogging, maka agak lambat untuk menghabiskan 1600 meter.~

2 ulasan:

themissingikmal berkata...

hb lagi..hahaa
sry weh aku xsempat nak beli hadiah..banyak komitmen katanya..

bila nak jogging sama2?

..SuRaYa.. berkata...

haha. it's ok lah. tak payah hadiah2 ni. kau ingat pun dah kira cukup.

terima kasih.

haha. tu lah. masing2 busy n selalu hilang.