Assalammualaikum..
Alhamdulillah.. berakhir sudah program Mega Eksplorasi Cinta Alam Redang 2012 (MECAR 2012)
Alhamdulillah. diberi kepercayaan untuk jadi bendahari program. seorang peserta bayar RM150 dan jumlah peserta 120 orang. bayangkan berapa banyak duit kena pegang. seram juga pegang duit orang banyak-banyak ni. sekarang hanya tinggal laporan kewangan yang belum siap.
sepanjang program, saya diserap masuk ke bahagian program dan bila peserta bersurai, saya pegang post keselamatan pula. tapi, malam pertama disana, saya tak mampu nak berkawal sebab terlampau penat sebab hampir 40 jam tak tidur dari jumaat sampai ahad.
malam kedua baru dapat berkawal dari pukul 1 hingga 4 pagi. setiap 15 minit pusing kawasan pantai, tengok peserta tidur dan lain-lain. dan masa tu juga mandi air hujan pukul 3 pagi sebab pergi tengok dan tolong peserta yang tidur kat khemah. sejuk!
jumlah masa saya tidur sepanjang program di Redang hanyalah 6 jam. haha. tu yang kadang-kadang masa duduk pun boleh terlelap.
![]() |
| sebahagian urusetia-urusetia perempuan. |
![]() |
| urusetia-urusetia lelaki. |
![]() |
| peserta-peserta program. :) terima kasih kerana memberi kerjasama yang sepenuhnya. :) |
![]() |
| candat sotong. |
![]() |
| snorkelling. |
![]() |
| snorkelling |
![]() |
| pelepasan adik angkat ke laut. nama adik angkat saya nsa. hehe. |
kita hanya merancang, Allah yang menentukan. jungle trekking tak dapat dijalankan disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan.
Alhamdulillah. dapat pelbagai pengalaman baru. dan boleh dikatakan, ni antara program yang memberi kesan yang mendalam ke dalam diri saya.
Allahu Akhbar. Subhanallah.
~rasa sayu pula bila fikir nak habis belajar di UKM. nanti mesti rindu nak berpersatuan.~
aras 6, blok 13, Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. (sudah selalu bercuti mid sem dan cuti sem di UKM. huhu)
aras 6, blok 13, Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. (sudah selalu bercuti mid sem dan cuti sem di UKM. huhu)




.jpg)


2 ulasan:
insyaallah nnt lepas kita dah keje, kita g la bercuti kat sini ke..
sushi..
jeles kot sebenarnya..aku duk rumah je..xde pape pon aktiviti menarik
Insya'allah..
tkpelah. belum sampai lagi masanya.. nanti bila ada rezeki, pergilah bercuti. bercuti dengan keluarga lagi bermakna. :)
Catat Ulasan