Assalammualaikum..
entri pertama untuk bulan mei 2012. hehe
tak nak ambil masa yang lama untuk blog.maka,nak cerita sepintas lalu je.
1-blog.
dah 3 tahun blog ni wujud. macam-macam perkara suka duka maki hamun marah emosi merepek dan lain-lain pernah dicoret kat blog ni.
baca entri-entri yang terdahulu,rasa nak gelak je.tak matang langsung.sekarang pun tak ada lah matang sangat pun.
2-latihan industri (praktikal)
Alhamdulillah.. dapat praktikal di Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Kuala Lumpur bersama 4 orang rakan kelas.
3-latihan ilmiah (tesis)
eh, tesis tu apa? haha.
tak tak tak tak tak siap lagi.
4- sambung belajar
saya tak mohon untuk sambung master kat UKM atau USM. tarikh akhir mohon untuk UKM 18 mei kalau tak silap dan untuk USM 15 mei.
saya nak rehat dulu.nak rasa dunia yang lain pula. Insya'allah,akan sambung semula sebelum berumur 26 tahun.
5- program
ni program terakhir yang saya terlibat sebagai ajk pelaksana sebelum saya menamatkan zaman prasiswazah. Malam Apresiasi Rakan Muda 2012.
semoga dipermudahkan segala-galanya.amin.
# aras 6, blok 13, Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi #

Tiada ulasan:
Catat Ulasan