September 29, 2012

tumblr

Assalammualaikum.

Saya ada akaun tumblr sejak jun 2011. Mula-mula, banyak merepek, mengada-ngada kat tumblr tu. Jarang juga buka tumblr masa tu. Masa tu tak follow sangat tumblr orang lain.

Tapi bila sejak bertesis dan selalu rasa tertekan, saya selalu buka tumblr untuk berhibur, cari semangat. motivasi. Jika ada masa terluang, memang akan buka tumblr dulu. Reblog pun post yang masa tu ada kaitan dengan diri, apa yang dirasa. 

Alhamdulillah. lepas tu ada terjumpa tumblr yang pos mengenai agama.

Jujurnya, saya belajar banyak benda di sana. 

Sedikit sebanyak mengubah cara saya berfikir, cara saya memandang sesuatu, memberi kesan kepada hati saya serta memotivasikan saya.

Alhamdulillah. Semoga saya dapat manfaatkan tumblr tu dengan semaksimum mungkin.

Terima kasih kepada pemilik tumblr-tumblr yang hebat, yang menjadikan tumblr sebagai medan dakwah, perkongsian ilmu. Terima kasih.


---

Terlampau banyak kata-kata, gambar yang manis di sana, yang bagus untuk mendidik diri.

Tapi, hanya sedikit sahaja yang saya mampu kongsikan di facebook.

Kalau ada masa, jenguklah tumblr saya. Kat tepi kanan tu, ada senarai tumblr yang saya follow. :)

- Kalau online je, mesti buka tumblr. Kalau tak buka, rasa lain.-

Tiada ulasan: