Sejak awal tahun ni, banyak kejadian, peristiwa yang membuatkan saya terpaku, terduduk, jatuh. Dan ada kalanya, tidak sempat bangun dari kejatuhan lagi, terus di uji lagi hingga air mata menitis akibat luka dari kejatuhan yang bertimpa-timpa.
Sampai satu tahap, terasa putus asa. Putus asa untuk meneruskan perjuangan menyiapkan tesis akibat ujian yang bertimpa-timpa dalam tempoh seminggu.
---
Ketika itu, saya merasakan saya lah pelakon yang paling hebat di hadapan kawan-kawan. Senyum, ketawa, diam menjadi peneman apabila bersama mereka.
Ketika itu juga, saya merasakan saya lah penyampai radio yang paling macho kerana dapat mengawal suara apabila berbicara di telefon setiap malam dengan mak. Tapi, naluri seorang ibu. Walaupun cuba berlakon macamana pun, pasti tidak akan berjaya. Di akhir perbualan, mesti mak akan cakap.."banyakkan berdoa, solat hajat. Jangan mudah putus asa!"
Hanya bila berseorangan saya menangis. Tafsir, buku-buku motivasi menjadi peneman setia ketika itu. Ada kalanya, saya bercerita, mengadu dengan kak zaty (walaupun beliau sendiri pun sibuk dan ada masalah .huhu) untuk mengurangkan sedikit bebanan di hati, jiwa dan fikiran.
Alhamdulillah. Dengan kekuatan dan izin dari Allah, saya dapat bangkit. Alhamdulillah.
---
Setiap perkara, kejadian, ujian, cabaran yang Allah berikan kepada hambaNYA, pasti ada hikmah, pengajaran dan pedoman yang disampaikan.
Alhamdulillah untuk semua ujian, cabaran dari Allah.
Baru sekarang saya merasa hadiah nikmat dari ujian-ujian yang Allah berikan kepada saya. Hadiah yang lebih dan cukup bermakna dari segala-galanya. Alhamdulillah.
Ujian yang Allah berikan bersifat pahit sementara, manakala manisnya kekal selama-lamanya. mudah-mudahan. Insya'allah.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" - (29:2)
Semoga diriku dan semua saudara-saudara ku sentiasa menjadi hamba yang semakin hampir dengan Allah setiap kali ujian menyinggah dan bukan semakin jauh dariNYA. Ameen..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan