November 30, 2012

mengejar pelangi

Assalammualaikum.

Mengejar pelangi.

Mengejar pelangi ketika cahaya matahari hampir melabuhkan tirainya di bumi sebelah sini.

Masa yang ada adalah sangat terhad.

Ada kalanya pelangi akan hadir bersama pasangannya iaitu pantulannya di langit.

Pasangannya kurang menyerlah berbanding dengan pelangi.

Tapi,sungguh. Kedua-duanya sangat cantik. Ciptaan Allah yang tersangat indah. Subhanaallah.

Perjalanan untuk mengejar sang pelangi bukanlah mudah. Bila-bila masa sahaja sang pelangi akan menghilangkan diri bersama-sama dengan cahaya matahari menuju ke sebelah sana.

Dan pelangi akan hadir kembali apabila dijemput oleh hujan dan cahaya matahari.

Tapi..

Adakah hujan sentiasa serasi bersama cahaya matahari untuk kekal bersama?

Adakah awan sudi untuk tidak melindungi, menutupi matahari?

"Nun matahari ditutupi awan.. terkenang hati bertambah rawan"


Tiada ulasan: