November 04, 2012

sahabat

Assalammualaikum.




Dulu.. Saya pernah rasa ditikam, dijatuhkan oleh insan yang saya anggap sebagai sahabat. Dan akhirnya saya  membuangnya jauh dari hidup saya kerana dia bagaikan duri dalam daging. Menyakitkan.

Patah tumbuh hilang berganti. Kemudian, Allah mengurniakan, menemukan saya dengan beberapa orang insan yang hebat. Insan-insan yang banyak mengerakkan hati saya ke arah kebaikan, ke arah positif, ke jalan Allah. Alhamdulillah. 




Terlampau banyak kebaikan mereka kepada saya. Sungguh.

Buat insan-insan yang bersahabat dengan saya.. Terima kasih untuk segala kasih sayang, kebaikan. tunjuk ajar, pengalaman, pengajaran, jasa, pengorbanan yang kalian curahkan kepada saya. Serius, rasa sangat terharu dan bertuah kerana ada insan yang sudi menjadi sahabat saya. Alhamdulillah

Terima kasih untuk segala kebaikan kalian dan ampun maaf dipinta untuk segala kejahatan dari saya.

Saya merindui kalian, kebaikan dari kalian. Semoga kalian sentiasa diredhai, disayangi, dirahmati oleh Allah. :)

---

Saya mempunyai pandangan tersendiri terhadap erti kawan, kawan karib dan sahabat. :)

Tiada ulasan: