malas nak buat banyak pos. maka,sumbat semuanya dalam satu pos saja.
KELEMAHAN
Allah sentiasa menduga ku pada titik kelemahan itu. Ya aku pasti, Allah sedang mengajar dan menguatkan ku untuk menghadapi dan atasi kelemahan tersebut.
PENOLONG
Dari ujian di titik kelemahan itu, aku sedar bahawa hanya Allah sahaja yang mampu menolong ku. Keluarga, sahabat, kawan-kawan tidak dapat menolongku untuk atasinya.
Alhamdulillah. :)
---
Kadang rasa memberontak. Tapi bila buka tumblr, terus terjumpa nasihat, kata semangat yang Allah kirim untuk memujukku. Allahu Akbar.
Terima kasih Allah untuk belaian dan kasihMu kepada diriku.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan