Februari 26, 2013

mp3

Assalammualaikum..

kemas-kemas barang dalam robok (almari) yang menyimpan segala khazanah harta hadiah cenderamata hati jantung otak dan lain-lain simpanan ku..

terjumpalah mp3 ni yang digunakan masa belajar ketika tingkatan 4 dan 5. rasanya kali terakhir guna masa zaman sekolah. lepas tu dah tak guna lagi kerana kerana kerana.. serius lupa..

Alhamdulillah, mp3 ni masih elok dan masih boleh berkhidmat lagi. dalam tu ada 111 buah lagu. (tak nak tukar atau padam lagu tu. sayang. kenangan tu.)

Alhamdulillah, terima kasih kerana masih mampu berkhidmat kepada diriku. :)

dengar lah balik lagu-lagu dalam mp3 ni. fuh, penuh dengan lagu merepek. ada juga terselit lagu-lagu motivasi penaik semangat ketika belajar masa tu.

tengah sedap mengingat kembali kenangan bersama mp3 dan lagu-lagu di dalamnya..

tiba-tiba lagu ni pulak main. 


La la la kerjalah - Meet Uncle Hussain


hoihoi. sentap,terasa.

sejak akhirnya.. bukak tv terasa, baca surat khabar terasa, main tumblr facebook pun terasa.

dunia sedang memerli ku. haha!!

---

agak lama kali ini ku berhenti berehat dari melangkah mengejar cita-cita impian ku. 

Tiada ulasan: