Alhamdulillah. Diberi peluang dan kesempatan untuk mengundi. Tak sangka dah dewasa. Selama ni undi untuk pilihanraya matrikulasi dan universiti sahaja.
Saya masih kurang pengetahuan mengenai politik. Kurang membaca, kurang menyelidik, kurang ambil tahu, kurang bercampur dengan orang yang minat politik dan kurang minat mungkin. Err..
Maka, saya tidaklah demam PRU-13.
Lepas habis mengundi baru demam. Akibat meredah hujan lepas mengundi.
Kaki melangkah je keluar dari bilik mengundi, terus hujan renyai. Cepat-cepat capai motor dan rempit balik. Dengan harapan sampai rumah dengan keadaan basah sedikit.
Pertengahan jalan, hujan tersangat lebat dan angin kenyang. Jarak penglihatan tak sampai 5 meter. Memang kena bawa perlahan. Sampai rumah, lencun.
Itulah. Suka melambat-lambatkan urusan. Degil. Keluarga ajak pergi saing mereka, sibuk nak pergi lambat dan nak rempit pergi sana.
Kan dah demam PRU.
---
Tak payah nak melihat pelangi jika tidak sanggup berhujan panas.
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan