Ogos 19, 2013

Kembali ke sekolah

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah, 2 minggu sebelum raya sempat melawat ke sekolah. Hajat dihati hanya untuk minta pengesahan dan tandatangan pengetua.

Sementara untuk menunggu pengetua siap tandatangan semua, terjumpa cikgu sains tingkatan 3 merangkap cikgu biologi. Cikgu Suraya Hani. Borak sekejap dengan dia. Seperti biasa, cikgu seorang yang bersopan santun dan agak pemalu. Tak banyak yang dibicarakan dengan beliau.

Teringat dulu.. Masa PMR cikgu pernah berjanji siapa dapat A dalam sains, dia bagi RM100. Alhamdulillah 2 orang yang dapat dan saya salah seorangnya. Dari duit yang diberi, beli kamus yang digunakan hingga sekarang. Moga dapat dimanfaatkan kamus tu dan seterusnya memberi saham pahala buat cikgu. :)

Kemudian, jumpa dengan pengetua. Ditemu ramah oleh beliau seketika dan diberi ucapan tahniah kerana berjaya dapat ijazah. Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa dan guru-guru tercapai juga impian untuk dapat ijazah dalam sains nuklear. :)

Sambil-sambil tengah ditemu ramah dengan puan pengetua, pembantu tadbir kat pejabat tu cakap.. Tak sangka saya dah dapat ijazah sebab katanya baru sekejap rasanya saya tinggalkan sekolah. Tak sangka,pembantu tadbir kat sekolah pun masih ingat kat saya. Tahu sebab apa dia ingat, sebab masa sekolah dulu asyik masuk keluar pejabat sekolah tu. Haha.

Selesai urusan di pejabat, berjumpa dengan cikgu kesayangan, cikgu kaunseling. Cikgu Saliza. Apa lagi bila dah jumpa dengan beliau, memang rasa macam tak nak balik rumah. Haha.

Lepak, borak dengan cikgu. Seperti biasa. Mengenai diri sendiri dan cikgu, pasal isu semasa yang melibatkan junior-junior sekolah termasuk adik sendiri, perkembangan semasa sekolah. Borak sakan sampai tak sedar lepak dengan dia hampir 3 jam.

Di akhir perjumpaan dengan dia, dia cakap saya dah berubah banyak. Kali terakhir jumpa dengan dia beberapa hari lepas konvo.

Cuba bertanya kepada beliau, perubahan dari segi apa yang dilihatnya. Dia bagitahu. Moga saya akan sentiasa berubah dan berubah lagi untuk menjadi insan yang terbaik di mataNya.



Berdoa dan berusaha supaya nikmat Iman ini tidak ditarik kembali.

---

Sungguh merindui zaman persekolahan, merindui insan-insan yang berlegar di keliling pada ketika itu, rindu persekitarannya.

Tak sempat nak jumpa dengan cikgu kesayangan lagi seorang, cikgu fizik.

Moga dapat berbakti dan menyumbangkan sahan-saham pahala buat cikgu-cikgu sekalian dengan beramal dan menyebarkan ilmu yang diberi. 

3 ulasan:

Bintu Ismail berkata...

rindu kan.. zaman sekolah. Kalau nak tahu, rumah pengetua SMK Maokil berdepan dengan rumah mai. hihi.

..SuRaYa.. berkata...

wah, boleh ah setiap hari tengok beliau. hehe.

cikgu2 SMK Maokil ramai duduk situ kan.

Bintu Ismail berkata...

hehe... sape lg je cikgu. tak tahu sekolah mn.

oh ya, cikgu zulkefli ke, tp panggil cikgu zul. dia selang sebuah rumah pengetua maokil. dekat2 je.