Disember 23, 2021

Ilmu Mutu dan Budi


"Ilmu Mutu dan Budi
Itulah harga diri
Hidup siswa siswi
Harapan ibu pertiwi

Ilmu Mutu dan Budi
Itulah pelita hati
Asas pembina peribadi
Untuk menabur bakti

Itulah pegangan hidup kami
Sumber kekuatan rohani
Mutiara peradaban asli
Titian hidup abadi

Ilmu Mutu dan Budi
Itulah pusaka sejati
Menuju cita-cita murni
Semoga Tuhan memberkati"

Inilah lagu varsiti kesayangan, yang ditengahkan oleh rakyat Malaysia untuk semua. Seringkali apabila mendengar lagu ini, rasa sebak dan akan menitiskan air mata. Lagu ini juga antara lagu motivasi yang akan didengari ketika semangat jatuh merundum terutamanya ketika menulis tesis. 

Satu pertiga dari usia dihabiskan di bumi Universiti Watan ini. Terlampau banyak kisah, kenangan dan pengalaman yang diperolehi. Ianya akan menjadi memori dan tersimpan rapi di ingatan dan sanubari. 

Terima kasih Universiti Kebangsaan Malaysia.
2009-2012 : Ijazah Sarjana Muda 
2013-2014 : Ijazah Sarjana
2015-2020 : Ijazah Doktor Falsafah (Ijazah Sarjana Tua 😂)

02/12/2021 : Secara rasmi bergelar Alumni UKM. 

Alhamdulillah. 

Moga dapat menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain dan dapat memanjangkan ilmu yang dipelajari kepada penuntut ilmu yang lain. 


Tiada ulasan: