Disember 15, 2009

astronomi

astronomi : kajian mengenai objek diluar angkasa seperti bintang,planet,komet dan galaksi serta segala fenomena yang berlaku di luar bumi.

nebula : atau dikenali sebagai awan gas yang merupakan tempat lahirnya bintang.nebula biasanya terdiri daripada debu angkasa dan gas helium serta hidrogen yang merupakan komposisi utama bintang.


eye cat nebula


lagoon nebula

rose nebula

galaksi : sistem kumpulan jutaan bintang yang tertarik pada pusat graviti lalu membentuk satu objek yang sangat besar.debu-debu angkasa,tinggalan bintang yang sudah
mati,nebula,kumpulan bintang atau planet juga terdapat di dalam galaksi.


bima sakti



galaksi andromeda yang berada dalam buruj andromeda boleh dilihat dengan mata kasar.

gugusan bintang : ribuan bintang yang berkumpul sangat rapat antara satu sama lain.gugusan bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah Messier 7(M7) dan Messier 6 (M6) yang terdapat diburuj scorpio.



messier 6(M6)

messier 5 (M5)

cahaya bintang terhasil dari tindak balas nuklear (fusion) dibahagian teras yang mana unsur unsur hidrogen digabungkan untuk menghasilkan helium,gelombang elektromagnet serta tenaga.
cahaya matahari juga terhasil dari tindak balas nuklear(fusion).tindak balas fusion ialah tindak balas semulajadi yang memerlukan suhu 10^8 kelvin untuk memulakan proton-proton chain reaction..



tahun cahaya : halaju cahaya x 365 hari x 24 jam x 60 minit x 60 saat =9.4608 x 10^15 meter.(cek balik ye.mane tau saya tak reti rtekan kalkulator)

ok..cukuplah sekadar disini.untuk keterangan lanjut,silalah baca sendiri dalam buku2,web or ape2 je..huhu..nanti bila saya rajin,saya akan update dengan ilmu astronomi atau fakta2 yang berguna.(susah tau nak tunggu saya menjadi seorang yang rajin)..huhu..

~~betulkan jika fakta2 atau info2 ni salah..terima kasih..

Tiada ulasan: