tahniah..
tahniah kpd kwn2 saya yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester 1.saya??huhu..semester lepas saya kena hadapi 3 subjek yg memang membunuh.kimia am 1( 3 unit),matematik teknik 1(3 unit) dan pengesanan sinaran..serius..3 subjek tu memang susah.lepas jawab matematik tu,sehari saya pening kepala.dan matematik lah yang buat keputusan saya jatuh merundum.saya dapat C- dan kawan saya ade yang dapat C,D,E,gagal..dan pensyarah math pernah cakap.."A hanya untuk golongan wali2 Allah"dan pensyarah pengesanan sinaran pula" saya bg B untuk segelintir pelajar sahaja.C dan D memang ramai"dah lah markah final 60%,mid sem 40%.huhu..saja je diaorang tu.dan saya dapat C+ untuk kimia am 1 dan pengesanan sinaran.kawan2 pun lebih kurang sama je gred untuk ketiga2 subjek tu.Alhamdulillah,4 subjek lain saya dapat >3.00..ok!berhenti dari mengomel benda yang dah lepas.
"org bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya ttpi dgn lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yg dideritai."
mula semester baru,minggu depan..UKM dah senaraikan yuran2.saya kena bayar RM1276.50-Rm 600,yuran pengajian,RM637 yuran penginapan.yuran penginapan lebih tinggi dari yuran pengajian.sudah malas nak komen pasal kolej taraf 6 bintang ni.subjek yang saya sudah daftar untuk yang akan datang.
1.bahasa jepun( 3 unit )
2.geologi sekitaran ( 2 unit )
3.amali kimia am ( 2 unit )
4.etika dalam kegiatan sains dan teknologi ( 3 unit )
5.teknik matematik II ( 3 unit )
6.statistik gunaan ( 3 unit )
7.biologi sinaran ( 2 unit )
8.makmal keradioaktifan dan sinaran ( 2 unit )
saya nak gugurkan bahasa jepun dan geologi sekitaran.subjek tu tahun 2 nanti baru saya akan ambil.dan saya perlu menambah kursus khidmat masyarakat II( 3 unit) dan TITAS( 3 unit) yang saya tak dapat tambah masa pendaftaran kursus awal.Alhamdulillah..ada 2 makmal.harap dapat membantu untuk peroleh gred yang baik.tapi..ada matematik teknik II pula(saya sudah benci dengan matematik sejak peperiksaan matrikulasi semester 2).
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
salam takziah kepada keluarga Hazirahtul Najihah( kawan seperjuangan silat yang baru 4 bulan saya kenal) yang telah pergi untuk selama2nya pada 11 Disember lalu kerana sakit buah pinggang.tapi,saya baru dapat tahu petang semalam..semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Alfatihah..
9 ulasan:
Su!!
Jangan kecewa sgt..
try utk next sem..
tetapkan azam dan matlamat, insyaAllah..
=)
innalillah..ajal xmengenal usia
emm..titas 3 unit? ouh asal aku aritu 2unit je huhu
suke dgn kate2 warne merah tu. memg sangat bermakna!
takpe try harder n smarter next sem
i know u can do it
ganbatte neh! :)
takziah juge buat hazirahtul najihah. kpd Allah jugelah kite kembali.
alhamdulillah. C- maybe bkn rslt yg menggembirakan. tapi ok la pass. mst sbjk uh super susah en. bunyi pun da cam gerun je.
waahh. amek titas sem dpn ye?? same2. faa pn. eh?! bhs jepun pn amek. wah3. mahsyuk.
sab:huhu..tak kecewa pun..btul2 sab..
jiha:a'ah..3 unit.btul2..sem depn nk study gaya cam kat matrix..even 1 jam study pun kra ok..
fareha:Alhamdullillah..kra b'syukur la gak dpt C-.tk yah nk repet blk.sbb rmai kwn2 gagal tuk paper tue..
a'ah..titas tuk sem depn..huhu..bhsa tu nk gugur..amik sem depn..huhu..
go go Su!! jgn putus asa...lain bidang lain cabarannya..Moga kamu tetap kuat! hOyah!
yup2... wat y terbaik!
nedd:btul2.lain org,lain cabrnya..smoaga kta semua kuat menghadpi semua cbrn..
dell:ye..terbaik..
thakns kwn2..
oh tahniah lah jugak, bila result jatuh selalu ny kita akan lg ingat dan akan try harder.
btul2..bla da jatuh,baru lah hendak lebih berhati2 n sedar..
Catat Ulasan