September 23, 2010

masa itu...


masa itu emas..masa itu Ringgit Malaysia..

kenapa saya cakap masa itu Ringgit Malaysia?..

4 september 2010..seawal pukul 8.10 pagi saya dah
keluar dari bilik untuk pergi ke stesen komuter,UKM..dan dipendekkan cerita,sampai di stesen komuter,dekat 9.10 pagi..dan komuter seterusnya 9.30..tiket keretapi di Seremban-Labis pukul 10.18am..

dipendekkan cerita,sampai Seremban 10.21..lambat 3 minit..dah kena tinggal dengan keretaapi..dan bermula saat itulah terasa masa itu RM..

mari saya tunjukkan kenapa masa itu RM..
3 minit = RM4.20 ( komuter ) + RM19 ( tiket keretapi ) + RM11.30 ( tiket bas Seremban-Segamat ) + RM3.50 ( tiket bas Segamat-Labis ) = RM38..

kerana lambat 3 minit,saya perlu membayar RM38 untuk balik ke rumah..sebelum ni hanya RM18.20 untuk sampai ke rumah ( bila guna kad diskaun utk pelajar )..

kesimpulannya..baru saya sedar masa tu sangat berharga
.selama ni bukan tak sedar,tapi ngada2 buat tak sedar...kiranya kejadian hari tu memberi pengajaran kepada saya.

selama ni selalu je kena tinggal dengan bas UKM,kadang 2 berlaku sesi kejar mengejar dengan bas..tapi tak terasa sangat sebab naik bas UKM tak kena bayar terang2 ( bayar kat yuran ).

dan masa banyak yang dibazirkan.sepatutnya dalam pukul 2 mesti dah kat rumah..tapi,pukul 7 baru tiba rumah.

__________________________________________Italic
ok..antara sebab2 saya kena tinggal.
1- 0.001% disebabkan oleh bas ukm yg lambat pada hari tersebut.
2-0.001% disebabkan oleh komuter lambat pada hari tersebut.
3- 0.001% disebabkan oleh keretapi yang terlalu cepat pada hari tersebut.
4-99.997% disebabkan oleh diri sendiri yang tak reti nak budget masa,tak reti membuat keputusan dengan kadar segera,sambil lewa..



hari tu,mungkin keretapi ni mimpi kot.selalunya tak pernah datang seperti didalam tiket..sempat baca surat khabar,jalan2 sementara tunggu keretaapi..kadang2 kena tunggu sampai 2 jam..hurm..semua benda serba tak kena hari tu..

~~adakah sebab diriku telah menderhaka dengan UKM?.UKM bagi cuti raya bermula 9 september..haha..~~

Tiada ulasan: