cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain.
kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang.
kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
ketika berusia 4 tahun,ibu membelikan sekotak pensil warna.
kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan kita sepasang pakaian baru.
kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah.
kita ucapkan terima kasih dengan menjerit " tak nak! tak nak!"
apabila berusia 7 tahun,ibu belikan sebiji bola.
kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.
menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim.
kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah.
kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.
ketika berusia 10 tahun,ibu habiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja.
kita ucapan terima kasih dengan tidak bertegur sapa.
menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA.
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan2.
ketka berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian,menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama.
kita hanya ucapkan terima kasih dengan hanya mengucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan2.
berusia 20 tahun,ibu bertanya sama ada kita aa teman istemewa..
kita kata,"itu bukan urusan ibu"
setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya.
kita kata.."saya tak mau jadi seperti ibu"
ketika berusia 40 tahun,ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung.
kita berkata.." kami sibuk.tak ada masa nak datang"
apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan memnita kita menjaganya.
kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah2 ibu bapa yang menjadi beban kepada anak2.
dan kemudian satu hari..kita dapat berita ibu meninggal!.khabar itu bagaikan petir! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu!!..
______________________________________________________________
jumpa artikel ni masa menyelongkar kotak2 untuk cari nota2 KMJ..warta orentasi kolej sesi 08/09..sangat sedih bila membaca..sampai menitiskan air mata..sangat berharap dan berdoa yang diriku,adik beradik dan kawan2 tidak menjadi seperti " kita " seperti diatas.
jika ibu masih ada, sayangi dia. jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya. sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.
~~saya sangat memerlukan emak saya sekarang.hanya emak saya seorang yang mampu layan kerenah dan sanggup dengar masalah saya.~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan