salam..
Alhamdulillah..sudah separuh perjalanan saya di ukm..tinggal lagi separuh jalan untuk menamatkan pengajian di UKM.Insya'allah..jika dipanjangkan umur, nak sambung ke peringkat lebih tinggi. tak perlu luar negara,UKM pun boleh..Insya'allah.
banyak memori sepanjang separuh jalan tu.. ada yang gembira,lawak,sedih,menyakitkan hati dan macam2 lagi. tak apa..tu semua pengalamanan. bukan senang nak dapat pengalaman.kan?
jalan yang lurus..tapi penuh dengan debu,lubang2,halangan..
kena berusaha dengan lebih tekun dan gigih. tahu,betapa sakitnya bila dapat keputusan yang tak mengembirakan. sakit,kecewa..
tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.-Joseph Conrad-
untuk mencapai sesuatu, mencuba dan gagal itu sakit tapi gagal kerana lansung tidak mencuba itu lagi sakit.
owh. penyakit saya yang paling kritikal dalam menuntut ilmu ni ialah malas, selalu leka, main-main, tak fokus, tak reti serius, selalu ambil mudah. dan nak menggubati penyakit ni pun sukar. tapi tak apa, berubah secara perlahan-perlahan. tak perlu secara drastik dan mendadak.
sejak masuk UKM saya cuba untuk berubah.tapi, cakap je nak berubah. tiada tindakan yang dilakukan untuk berubah. memang sia-sia je lah kan.
baru sem lalu cuba untuk berubah sedikit. dan disertai dengan tindakan. Alhamdullilah..agak rasa keberkesanannya.walaupun sedikit. terima kasih kepada insan-insan yang menyedarkan dan seterusnya menyokong untuk lakukan perubahan. terima kasih..
tahniah kepada kawan-kawan yang dapat keputusan yang cemerlang. yang tak dapat keputusan seperti yang dikehendaki, jangalah kecewa,putus asa. pasti ada hikmah setiap yang berlaku.
orang yang hebat,bila dia jatuh, dia cepat-cepat untuk bangun dan naik.
sekali ku rebah,sejuta kali ku bangkit - cinta sufi,RAM
jom sem depan kita letak usaha semaksimum yang mungkin. dan dekati Allah serapat yang mungkin. jika kita berusaha semaksimum mungkin pun, tapi kita jauh dariNYA,tak boleh juga.
5 ulasan:
sem 2!
ayuh kite jgn tensi2 adikku!
sem dpn lg stress n bz!
bace post nih buat aku semangat weh...ko mmg sentiasa penuh ngan kata2 perangsang...bgs!
ayuh menuju pointer yg lebih tinggi
kak zaty: ye2..dah tk mau tensi2 lg. a'ah..sudah rsa bahang kesibukkn sem 2 ni.jom kita kejar kejayaan!!
ikmal: oh!..bguslah..jom bina smgt baru utk menuju ke pointer yg lebih tinggi!
insyaAllah su! mari berjuang untuk 3 sem yg berikutnya!
jgn pndg belakang, trus ke hadapan! :)
sab!!..ye2..terus fokus ke hdpn..yg dah berlalu,jdkn pengajaran.
Catat Ulasan