
salam..kepada rakan2 yang ingin menghulurkan bantuan kepada saudara kita Di Kambodia,boleh lah berbuat demikian..jenguk blog SRM UKM untuk keterangan lanjut.
saya dapat bayangkan kanak2 disana apabila mereka dapat pensil,pemadam,gula-gula..betapa gembiranya mereka..
OPKIM di Pos Perwor,Sg Siput banyak mengajar saya erti kemewahan dan kesenangan kita untuk belajar,menuntut ilmu..sekolah mereka serba tak lengkap..
paling terkesan di hati saya..bila tengok adik-adik di situ berebut gula-gula,pensil,pemadam dan alat tulis yang lain. sampai berebut-rebut,ada yang menangis. dan bila mereka dapat, kegembiraan terpacar di muka mereka..serius, kalau bagi alatan pensil,pemadam,alat tulis tu kat budak-budak bandar. saya separuh yakin,diaorang pandang pun tak.
sandwich yang dibuat ala kadar yang hanya disapukan dengan mentega pun habis dengan cepat.
mak saya cakap, beri barang kat kanak-kanak lah paling seronok. sebab mereka menghargai dan gembira atas pemberian kita walaupun murah. ye,memang betul. saya sudah saksikan semasa di Pos Perwor.
cuba bayangkan kanak-kanak di Kambodia. di negara yang serba kekurangan,tidak semewah di Malaysia..apa reaksi mereka bila dapat barang-barang yang demikian? apa perasaan mereka?
ayuh!..kita sama-sama hulurkan bantuan kepada mereka walaupun sekecil zarah. sesungguhnya itu sangat bermakna bagi mereka.
Insya'allah..saya akan cuba semampu boleh untuk hulurkan bantuan kepada mereka. rezeki yang Allah beri kepada kita bukan hanya milik kita seorang. rezeki tersebut wajib dikongsikan dengan orang lain dalam bentuk apa jua..
"dalam rezeki kita,ada rezeki orang lain juga."..nasihat dan peringatan dari mak saya supaya kita tak kedekut berkongsi rezeki kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan