"A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touchyou. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please pass, stay safe and remind everyone you know."
lepas tu semua pakat upload gambar reaktor meletup lah,kongsi link2 pasal nuklear kat jepun ni..
Alahai kawan2..kenapa lah cepat sangat nak kongsi2 benda2 macam ni..tak salah berkongsi maklumat..cuma,sebelum kongsi tu..kaji,selidik dulu benda tu..kalau rasa tak tak tahu apa2,baik tak perlu kongsi..baik duduk kat bilik,siapkan lab report ke,tutorial ke..
dengan pengetahuan saya yang teramat cetek ni..rasa macam nak kongi dan terangkan apa yang berlaku..tentang "letupan" dan lain2 tu..
Jepun gunakan reaktor jenis Boiling Power Reactor..klik ni untuk tengok jenis2 reaktor kat dunia ni.

selepas kejadian gempa bumi,dengan serta merta reaktor tu shut down ( control rod dinaikkan ke atas )..proses nuclear fission tidak berlaku lagi dan criticality reaktor tu=0=safe..bila reaktor tu shut down,maknanya tiada elektrik yang dihasilkan.
tetapi..reaktor core masih panas dan perlukan air untuk sejukkan.seperti yang diketahui,reaktor akan dibina dikawasan yang jauh dari penduduk dan berhampiran dengan sumber air..disebabkan gempa bumi,air yang bersih tak dapat disalurkan..dan mereka terpaksa gunakan air laut untuk sejukkan reaktor core untuk elakkan meletup..
H2 + O2 = tenaga dihasilkan ( berlakunya letupan )..
disebab kan core tu panas,air laut yang dimasukkan akan jadi steam..malangnya,sistem reaktor tu dah shut down..so,steam tu tak dapat dikeluarkan ke generator..mereka sengaja letupkan shielding yang paling atas reaktor tu untuk keluarkan steam tersebut dari reaktor dan elakkan reaktor tu meletup..
kalau tak tak keluarkan steam tu,reaktor akan bertambah panas,core tak dapat disejukkan= meletup.( kes chernobyl )

shielding2 yang terdapat dalam reaktor..yang meletup,hanya lah shielding yang di luar sekali..sengaja diletupkan untuk elakkan kejadian yang lebih teruk.
Insya'allah..tak akan berlakunya peristiwa chernobyl lagi..
mereka tengah berusaha untuk sejukkan core reaktor tersebut.dan kebakaran dalam reaktor memang tak dapat dielakkan keranatindak balas H2 + O2..tapi,semuanya masih dalam kawalan mereka.reaktor tu akan safe and remain safe..
saintis,pakar nuklear dari beberapa negara sudah ke sana untuk pantau dan menolong mereka..
kalau rajin,klik lah ni untuk beberapa info pasal nuklear ni..
kesan dari kejadian ni..lepas ni reaktor2 akan di design dengan lebih teliti untuk hadapi perkara yang tidak diingini..reaktor Jepun dah canggih dan penuh dengan ciri keselamatan untuk tahan gempa,cuma mereka tak jangka gempa bumi sekuat itu.buktinya,sampai sekarang reaktor tu tak meletup seperti reaktor chernobyl.
~berterabur..tak reti nak terangkan dekat orang pasal benda ni.~
~mentaliti rakyat Malaysia perlu diubah~
~betulkan jika saya silap.terima kasih~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan