Mac 11, 2011

shut down


ok..rasanya semua orang dah tahu tentang Tsunami di Jepun.boleh baca surat khabar untuk ketahui lebih lanjut..

seperti yang diketahui..Jepun adalah negara yang termaju dalam industri nuklear dan mempunyai banyak reaktor untuk menjana elektrik negaranya..

dan disebabkan gempa ni,3 reaktor nuklear di Loji Nuklear Onagawa utara Jepun ditutup.



cuba bayangkan kalau gempa bumi tu menyebabkan reaktor nuklear tu runtuh atau meletup?dan radiasi menyelubungi kawasan berkenaan?

oh,tak dapat bayangkan kalau peristiwa seperti Chernobyl-kemalangan yang melibatkan nuklear reaktor yang paling teruk setakat ni..

rabu lepas baru tengok video pasal Chernobyl ni masa kuliah peralatan nuklear dan teknologi reaktor.walaupun terpaksa menahan mengantuk dan ada kalanya terlelap juga.

ok..jom aplikasikan sekejap apa yang dah belajar kuliah..

shielding yang kukuh dan mampu halang radiasi dari keluar sangat2 diperlukan untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini.

pada amnya, fungsi control rod ni untuk menyerap neutron daripada menghasilkan tindak balas nuklear yang lain. tindak balas nuklear atau fission akan menghasilkan haba.dan bila haba ni tak dapat dikawal,ia akan menyebabkan komponen dalam reaktor cair.

tapi..bila kes kecemasan dan berlakunya perkara yang tak diingini seperti gempa bumi..control rod akan digunakan untuk shut down ( tutup ) reaktor tersebut untuk elakkan radiation contamination.

~sila betulkan saya jika saya silap.terima kasih..~

2 ulasan:

..!l..ya..n! berkata...

j0m g j3pun..
fieldwork,mlhat dan menganalisis krosakan yg berlaku ^_^

..SuRaYa.. berkata...

jom!!..awak belanja akak g jepun!!

thnks..hehe..